SAPP mungkin keluar BN 17 Sept

MALAYSIAKINI – Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) akan bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan status parti itu dalam Barisan Nasional.

Ketika mengesahkannya, Setiausaha Agung SAPP, Richard Yong memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua 35 ahli MT dijangka hadir dan membuat keputusan mengenai keahlian parti itu dalam BN.

after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 richard yongMenurut Yong (foto), yang merupakan orang kanan presiden SAPP yang juga bekas ketua menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, parti tersebut tidak dijemput menghadiri mesyuarat dewan tertinggi BN sebanyak enam kali dalam bulan-bulan kebelakangan ini.

“Jika tiada keputusan dibuat (oleh dewan tertinggi BN), maka kita akan membuat keputusan sendiri,” katanya, merujuk kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh BN kepada SAPP selepas parti itu berhasrat mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

BN tidak membincangkan isu membabitkan SAPP selepas menghantar surat tunjuk sebab tersebut.

Mesyuarat pada 17 September ini juga kebetulan sehari selepas tarikh akhir rancangan barisan pembangkang – Pakatan Rakyat – mengambil alih kerajaan pusat dengan penyertaan ahli-ahli Parlimen ke dalam Pakatan.

Pemimpin tertinggi SAPP telah membayangkan sejak kebelakangan ini, bahawa memandangkan parti itu tidak dijemput menghadiri mesyuarat BN, maka ia bermaksud, SAPP bukanlah sebahagian daripada gabungan tersebut.

Parti tersebut mempunyai dua ahli parlimen dan empat ahli dewan undangan negeri, termasuk Raymond Tan, yang juga merupakan timbalan ketua menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri.

sapp remove bn logo 200808 yong teck leeSementara itu, bercakap dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, Teck Lee berkata, lawatan ke Taiwan anjuran Kelab Penyokong BN (BBC) telah menjadikan ahli-ahli Parlimen yang menyertainya bahan cemuhan dan menjejaskan nama baik Parlimen.

Oleh itu, katanya, Pengerusi BBC, Datuk Tiong King Sing dari Sarawak dan Datuk Bung Moktar dari Sabah mesti memohonnya kepada rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak, di atas apa yang telah mereka lakukan, kerana menafikan peluang untuk menangani ketidakseimbangan di segi pembangunan yang begitu jelas di kedua-dua negeri berkenaan.

Walaupun dinafikan oleh pihak penganjurnya, tetapi lawatan yang disertai 49 ahli Parlimen BN dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung itu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan rancangan Pakatan untuk menarik mereka melompat parti dan mengambil alih kuasa dari BN.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: