Mahfuz kesal RTM putarbelit kenyataan berhubung ISA

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mendakwa Radio Televisyen Malaysia (RTM) memutarbelitkan kenyataan beliau berhubung penahanan tiga aktivis dan wartawan di bawah ISA.

Ketika menghubungi Harakahdaily sebenta tadi, beliau menyatakan rasa kesalnya dengan laporan RTM yang didakwanya sengaja meutarbelitkan kenyataannya dengan menyatakan kononnya Mahfuz menyokong tindakan ISA ke atas Raja Petra Kamaruddin.

Tambahnya lagi, dalam kenyataannya melalui telefon bersama RTM, beliau menyatakan bahawa beliau menolak penggunaan ISA ke atas Raja Petra, dan PAS sendiri sememangnya menentang akta yang zalim itu.

“Saya pelik RTM memutarbelitkan kenyataan saya, sedangkan jelas kami menentang ISA.Jika Raja Petra bersalah sekalipun, beliau seharusnya dihadapkan ke mahkamah dan bukannya dengan menahan Raja Petra di bawah ISA tanpa bicara,” ujarnya lagi.

Berang dengan kenyataannya diputerbelitkan RTM, beliau mendesak stesen berkenaan menyiarkan secara penuh perbualan melalui telefon berhubung kenyataan beliau yang dipetik RTM itu.

Baginya, penahanan Raja Petra; Teresa Kok Suih Sim dan wartawan Sin Chew Daily sebenarnya menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abdullah Badawi takut berhadaoan dengan perubahan kerajaan yang sedang dilaksanakan Pakatan Rakyat.

“Mereka bimbang dengan senario ini, seterusnya mengalih isu dengan mengada-gadakan isu yang kononnya mencetus api perkauman dan pergeseran agama yang menyebabkan tiga individu tersebut ditahan di bawah ISA, ” ujarnya.

Justeru beliau mengulangi gesaan supaya tiga individu terbabit dibebaskan, dan RTM menyiarkan secara penuh kenyataan beliau yang diputerbelitkan sebelum ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: