Bahagian diminta putuskan pelan peralihan kuasa

MALAYSIAKINI – Persidangan perwakilan Umno bahagian Oktober diminta membuat pendirian sama ada hendak mengiktiraf atau tidak pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) parti.

“(Umno) Bahagian boleh bermesyuarat berpandu kepada keputusan yang dibuat, itu terpulang kepada mereka untuk membuat pendirian masing-masing,” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib di Pekan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara.

“Apa yang diputuskan di peringkat MT (sebelum ini) adalah keputusan di peringkat tertinggi dan apa yang disebut Datuk Seri Najib (semalam) itu perkara ini (peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu) hendaklah mendapat “endorsement” di peringkat akar umbi, bulan Oktober ini,” kata Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, demikian menurut laporan Bernama.

Ditanya sekiranya terdapat bahagian Umno yang tidak bersetuju peralihan kuasa seperti yang diputuskan peringkat tertinggi itu, Muhammad berkata:

“Kita juga ingin dapatkan pandangan peringkat akar umbi tentang peralihan kuasa, peralihan kuasa telah diterima oleh kabinet dan Barisan Nasional, sekarang ialah (kita) berdepan dengan peringkat akar umbi, setiap orang ada pandangan masing-masing, tapi apa yang diputuskan nanti, kita kena terimalah,” katanya.

Sementara itu di Temerloh, Naib Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah berkata ahli akar umbi mempunyai tiga permintaan utama iaitu mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu ditangani dengan cara yang berorientasikan mereka.

Saifuddin, yang juga Timbalan menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menjelaskan demokrasi yang matang ialah apabila anggota parti berperanan aktif dalam membuat keputusan.

“Dalam konteks ini kenyataan Datuk Seri Najib supaya Umno bahagian menilai keputusan peralihan kuasa yang telah dibuat Majlis Tertinggi adalah tepat dan perlu disokong,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: