Anwar: Pakatan tangguh pelan 16 Sept halang kerajaan ambil kesempatan

mSTAR – PETALING JAYA: Rancangan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan Selasa ini terpaksa ditunda, kali ini bagi mengelak isu ini digunakan oleh kerajaan untuk memperluaskan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada Selasa lalu, Anwar mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjakkan tarikh mencapai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan ke tanggal lain – kemungkinan 20 atau 21 September ini, bukannya 16 September.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat sementara waktu fokus Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan ketenteraman awam tidak terganggu berikutan penahanan tiga individu di bawah ISA semalam.

Sehingga kini seorang daripada yang ditahan, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, telah dibebaskan.

“Dari segi jumlah kita tidak ada masalah. Kita akan meneruskan pelan kita seperti yang dirancang mengikut peruntukan Perlembagaan Negara,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini.

Beliau mendakwa tindakan kerajaan menahan individu terlibat di bawah ISA membuktikan ia kini sudah rasa tertekan dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Advertisements

1 Komen

  1. bluwek said,

    14 September 2008 pada 11:38 pm

    Punca perpecahan kaum


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: