PKR Sabah minta BPR siasat dakwaan ahli Parlimen ke Taiwan menerima wang saku

mSTAR – KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan kononnya Anggota Parlimen Barisan Nasional yang menyertai lawatan ke Taiwan masing-masing telah diberi wang saku sebanyak RM50,000.

Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Abdul Razak Jamil, membuat satu laporan di pejabat BPR pada 3.05 petang tadi dengan meminta supaya perkara itu disiasat mengikut Akta Pencegah Rasuah 1997 (Akta 575).

“Walaupun naib pengerusi BNBBC (Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional) Datuk Bung Mokhtar Radin telah nafi tidak ada, kita tidak tahu sebenarnya, jadi BPR perlu siasat,” katanya kepada pemberita selepas membut laporan itu di sini hari ini.

Abdul Razak membuat aduan itu berdasarkan kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dalam akhbar tempatan dua hari lepas kononnya wang saku RM50,000 diberikan kepada mereka yang menyertai lawatan itu.

Kedua-dua Anggota Parlimen daripada SAPP tidak menyertainya.

Kumpulan tersebut berlepas ke Taiwan pada Isnin untuk meninjau projek pertanian di negara itu, dan dijadual pulang Rabu depan. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: