5 pemimpin menuju Taiwan, dakwa MP BN setuju bincang sertai Pakatan

mSTAR – SEPANG: Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertolak ke Taiwan petang ini mendakwa sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan melompat parti.

Mereka merupakan Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong

Perkara ini disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Beliau berkata sehingga kini Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan iaitu pada 16 September, kerajaan baru akan berjaya dibentuk bagi menggantikan kerajaan BN.

“Hingga kini kami telah berjaya, langkah seterusnya adalah yang berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambah beliau setelah wakil PKR pulang pada Ahad ini, kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengistirahan bahawa kita telah berjaya dalam agenda 16 September.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan.

Advertisements

1 Komen

  1. penamaya said,

    12 September 2008 pada 9:53 pm

    semoga berjaya.

    http://penamaya.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: