29 pemimpin BN di NS sertai PKR

MALAYSIAKINI – Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.

Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.

Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.

Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

“Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.

“Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.

“Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.

Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan.

“Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: