Sempoa Dr M atau Anwar…mana lebih berbisa

AGENDA DAILY – Menjelang fajar 16 September atau dua tiga hari selepas 16 September, parti yang memerintah Malaysia kini akan dimasukkan dalam lipatan sejarah. Kerajaan baru akan dibentuk dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan masuk pejabat Perdana Menteri di Aras 5 Blok Utama Perdana Putra, Putrajaya.

Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO jika mengikut perancangannya akan menjadi parti pembangkang utama. Malah jika semua parti komponen BN seperti yang didakwa meninggalkan BN, UMNO akan menjadi parti pembangkang tunggal dengan Ahli Parlimennya berjumlah lebih 70 orang.

Namun, di tengah-tengah BN khususnya UMNO dikatakan tinggal ’nyawa-nyawa ikan’ berita yang tidak berapa sedap didengar oleh Anwar dan kumpulan Putrajaya 16 September ialah kesediaan bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan keluar UMNO kira-kira empat bulan lalu, untuk kembali semula kepada parti itu.

Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan kesediaan Dr. Mahathir itu apabila beliau bertemu dengan bekas Perdana Menteri tersebut Sabtu lalu.

“Saya amat gembira apabila Dr. Mahathir bersetuju menyerahkan semula borang keahlian UMNO, tetapi beliau tidak pasti sama ada Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan menerima permohonannya,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perkhidmatan Malaysia (MSDC) hari Selasa.

Kehadiran Dr. Mahathir ke dalam parti yang dipimpinnya selasa 22 tahun memang menjadi berita tak sedap didengar oleh Anwar kerana selama ini sedikit sebanyak kelantangan Dr. Mahathir mengkritik kepimpinan UMNO menjadi peluru tambahan kepada kem Anwar menyerang UMNO.

“Bukan saya kata tapi bekas Presiden depa sendiri yang kata“ adalah antara kalimat popular yang sering digunakan oleh kem Anwar untuk memperkukuhkan hujah mereka menyerang UMNO.

Namun dengan kesediaan Dr Mahathir untuk kembali ke pangkuan UMNO sudah tentu perjalanan politik selepas ini sedikit sebanyak berbeza.

Kalangan pemerhati politik berpendapat, kesediaan Dr Mahathir menyertai semula UMNO sudah tentu meresahkan Anwar kerana beliau sedar bekas bosnya itu ada lagi bisa yang Anwar sendiri tidak punya penawar terhadapnya.

Malah Muhyiddin sendiri ketika mengulas kesediaan Dr. Mahathir itu menyifatkan kehadiran semula bekas Presiden UMNO itu akan dapat menguatkan semula parti, mengembalikan kekuatan Melayu dan sekali gus memperkukuhkan Barisan Nasional (BN).

Tidak keterlaluan jika ada pandangan yang menyebut, penyertaan semula Dr. Mahathir sudah tentu akan membawa beberapa perubahan politik UMNO yang kini dinanti-nantikan oleh rakyat termasuk kemungkinan berlakunya perubahan drastik dalam soal kepimpinan parti itu.

Apa-apa pun, perkembangan terbaru ini sudah tentu menarik perhatian kerana penyatuan semula kepimpinan UMNO sudah tentu menjadi halangan terbesar kepada rancangan 16 September yang sejak awal lagi adalah mimpi Anwar Ibrahim.

Malah tanpa perkembangan terbaru ini sekali pun, mimpi Anwar hanya dikongsi oleh mereka yang mengidam untuk berpejabat di Putrajaya sedangkan kepimpinan utama pakatan pembangkang khususnya daripada PAS, masing-masing menerima hakikat, menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen adalah pencapaian terbaik dan sejarah buat mereka.

Advertisements

1 Komen

  1. 15 September 2008 pada 1:26 am

    I am not surprısıng to anything. But thanks..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: