Ahmad digantung tiga tahun

MALAYSIAKINI – Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail dan melucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

ahmad ismail putrajaya meet pm 090908 01Keputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu “menumpang” di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

Ketika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga  perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan “kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan.”

Ditanya tentang kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno, Abdullah berkata, mesyuarat hari ini hanya membincangkan isu Ahmad sahaja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: