Mahathir ‘bersetuju’ kembali ke pangkuan Umno selepas 4 bulan

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan semasa.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir ini.

Beliau memberitahu, Dr. Mahathir menyatakan persetujuannya untuk kembali kepada Umno dalam pertemuan beberaja jam antara kedua mereka Sabtu lalu.

Muhyiddin berkata, beberapa veteran Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Tan Sri Sanusi Junid telah berjumpa dengan Dr. Mahathir dalam pertemuan di Cyberjaya Sabtu lepas.

Dr. Mahathir bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu.

Menurut Muhyididn, hasrat Dr. Mahathir itu telah pun beliau sampaikan kepada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak. semalam, tetapi belum berkesempatan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Muhyiddin. pertemuan itu diadakan atas permintaan Dr. Mahathir sendiri yang ingin menyampaikan kepada beliau rasa bimbangnya terhadap perkembangan dalam Umno, BN serta beberapa perkembangan lain yang meninggalkan kesan negatif kepada rakyat banyak.

“Saya katakan kepada beliau, untuk beliau memberikan sumbangan secara lebih berkesan adalah lebih baik untuk beliau menyertai semula Umno. Beliau kemudian bersetuju.

“Ya, saya bersetuju, katanya tetapi kemudian beliau menyatakan kebimbangan sama ada akan diterima semula oleh Majlis Tertinggi.

“Tetapi saya jelaskan kepadanya bahawa ketika MT menerima keputusannya keluar Umno dahulu, kita terima dengan hati yang berat. MT juga ada membuat kenyataan ketika itu bahawa sekiranya beliau (Dr Mahathir) telah bersedia untuk kembali kepada Umno, MT akan menerima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MIDA di sini.

Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat khas hampir tiga jam menerima keputusan Dr. Mahathir untuk keluar Umno serta-merta.

Ketika mengumumkan keputusan MT pada hari tersebut, Najib berkata: “Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima.”

“MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti,” kata beliau.

Dr. Mahathir yang memegang nombor keahlian Umno ‘1’ mengumumkan keluar Umno di Alor Star pada 19 Mei.

Turut keluar ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Mokhzani.

Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid juga keluar Umno.

Ditanya sama ada pertemuannya dengan Dr Mahathir itu telah dirancang terlebih dahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawab:

“Dalam semua perbuatan kita mestilah ada perancangan. Bagi saya, saya menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah banyak berjasa.

“Saya tidak menolak jika dia hendak jumpa. Bukannya maca saya ini besar sangat. Setidak-tidaknya dengan pertemuan itu saya dapat satu berita yang baik, iaitu beliau bersedia untuk kembali kepada Umno.”

Dr. Mahathir, katanya, tidak menetapkan sebarang syarat untuk kembali kepada Umno selain daripada untuk memudahkan beliau menyalurkan pandangan serta bantuannya untuk mengukuhkan kembali Umno dan BN.

Ditanya bilakah Dr. Mahathir akan menyertai semula Umno, Muhyiddin berkata, beliau menunggu pejabat bekas perdana menteri itu untuk menghantar borang keahlian kerana ia adalah satu formaliti bagi sesiapa yang hendak menjadi ahli.

“Saya harap ia akan dihantar secepat mungkin. Ini bukan keputusan saya, tetapi keputusan parti, tetapi saya tidak fikir MT ada masalah menerima semula beliau kerana saya yakin MT masih menghormati beliau. Sebagai naib presiden saya mengalu-alukan keputusan beliau itu,” tambah beliau.

Muhyiddin menambah, Dr. Mahathir memang seorang yang krtikal terutama tentang perkara-perkara yang dilihatnya sebagai tidak betul dan beliau percaya tidak ada orang yang boleh menahan beliau daripada terus bersuara termasuk untuk terus mengkritik pucuk pimpinan Umno.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita terus tidak pedulikan apa yang dikatakannya kerana beliau adalah seorang bekas pemimpin berpengalaman dan berkedudukan tinggi di mata masyarakat. Beliau hanya bimbang dengan keadaan dalam negara yang semakin buruk sejak pilihan raya umum yang lalu.

“Kita tidak perlulah bersetuju dengan pandangan beliau sepanjang masa, tetapi kita mesti menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang yang berkredibiliti tinggi. Setelah beberapa jam mendengar pandangan beliau, saya faham dengan pendirian beliau,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: