Kerajaan 16 September : Ubah jangan tak ubah…

AGENDA DAILY – Seperti yang diramalkan oleh ramai pihak…Parti Keadilan Rakyat sudah ubah tarikh nak ambilalih kuasa ‘ menerusi pintu belakang ‘ dari 16 September yang digembar gemburkan selama ini.Kini tarikhnya mungkin dua tiga hari lepas 16 September pula.

Perubahan tarikh itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Isnin.

Juga seperti yang diduga alasannya ialah pemergian 49 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk lawatan sambil belajar selama lapan hari ke Taiwan.

“Ia tidak akan berlaku pada 16 September.Harinya mungkin 17 campur satu atau dua atau tiga tapi tidak lewat dari itu,”katanya.

Syed Hussein dakwa ada dikalangan 49 orang Ahli Parlimen yang sertai rombongan itu sudah bagi komitmen nak melompat.

Katanya ketiadaan mereka di dalam negara menyulitkan perlaksanaan pelan 16 September mereka.

Ikut cakapnya mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah berkenaan.

Syed Hussein juga mendakwa yang Dipertuan Agong pasti akan merestui peralihan kuasa itu sebaik sahaja baginda tahu mereka sudah ada jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: