Pemimpin Umno panik, larikan ahli parlimen ke luar negara

HARAKAHDAILY – KOTA BHARU – Rakyat bukan Melayu di negara ini tidak akan mendapat keadilan sewajarnya selagi berada di bawah ketuanan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu sudah sampai masanya kaum Cina yang bernaung di bawah MCA dan Gerakan meninggal gabungan bersama BN memandangkan mereka seperti tidak lagi diperlukan Umno.

Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, bukti yang jelas berlaku apabila Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato� Ahmad Ismail menyifatkan kaum Cina hanya menumpang di negara ini.

“Ini membuktikan parti-parti bukan Melayu tidak lagi diperlukan oleh Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada orang kurang upaya di sini, semalam.

Ahmad dalam ceramahnya di Permatang Pauh pada 25 Ogos lalu menyifatkan masyarakat Cina hanyalah menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mendapatkan hak yang sama.

Malah pemimpin terbabit dengan sokongan Umno Pulau Pinang enggan meminta maaf biar pun Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Razak sudah memohon maaf secara terbuka.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, membawa usul supaya tindakan diambil terhadap Ahmad hanya sia-sia kerana ia sudah menjadi dasar perjuangan Umno yang bersifat perkauman.��

“Umno tidak mungkin akan merubah dasar itu dan kenyataan ketua Umno terbabit sebenarnya menggambarkan apa yang tersirat dalam perjuangan parti tersebut selama ini.

“Apa yang perlu dilakukan Gerakan atau parti komponen lain ialah keluar dari BN jika tidak bersetuju dengan konsep yang dianut Umno,” ujarnya.

Beliau juga berkata, isu tersebut timbul ketika Pakatan Rakyat sedang mendapat sokongan meluas rakyat ke arah pembentukan kerajaan di peringkat pusat.

Menurutnya juga terdapat perbezaan yang jelas di antara BN dan Pakatan Rakyat, di mana perjuangan Pakatan selari dengan Islam dan dasar ekonomi adil untuk semua kaum.

“Kalau orang Melayu yang ramai miskin mereka berhak mendapatkan bantuan tetapi dalam masa yang sama tidak mendiskriminasikan orang bukan Islam,” ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau kerajaan baru perlu dibentuk bagi memperbaiki kepincangan yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahannya lebih 50 tahun.

Katanya, sokongan anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan BN ditumbangkan bukan bagi mencapai kepentingan peribadi, sebaliknya melaksana pemerintahan yang telus dan terbuka.

Husam juga berkata, usaha-usaha ke arah pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini sedang berjalan lancar sekarang.

“Ini terbukti apabila BN dikatakan terpaksa melarikan anggota parlimen BN ke luar negara kerana bimbang kerajaan yang ada sekarang akan runtuh.

“Usaha membawa mereka keluar negara bukan jalan penyelesaiannya memandangkan anggota parlimen berkenaan boleh pulang ke tanah air apabila tiba waktunya.

“Takkan selamanya mereka berada di luar negara, jadi saya ingat ini satu tindakan yang agak lemah sehingga menyebabkan mereka begitu panik,” ujarnya.

Sebelum ini ada laporan menyebut anggota-anggota parlimen BN akan dibawa keluar negara oleh Kelab Penyokong BN bermula semalam sehingga 19 September ini sebagai usaha mencegah mereka menyertai Pakatan Rakyat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: