PM: Jangan sensasi isu timbul keresahan kaum

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan semua pihak termasuk media supaya tidak menggembar-gembur dan mensensasikan sesuatu isu sehinggga menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang hati antara kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing untuk mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum.

“Penting kita mengawasi diri. Ini saya tujukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, media, blog, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat khabar supaya tidak membuat pemberitaan yang menimbulkan rasa marah.

“Ini tidak membawa kebaikan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri di Kepala Batas hari ini, demikian menurut laporan Bernama,

Abdullah mengulas mengenai kenyataan yang didakwa berbau hasutan yang dibuat ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

“Beliau (Ahmad) melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta sejarah telah disalah-ertikan oleh sebuah surat khabar yang buat pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

Keresahan antara kaum

“Apa yang berlaku itu kononnya amalan kebebasan untuk bercakap, menyuarakan pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang yang berkenaan yang membuat kenyataan. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Abdullah berkata sejak kebelakangan ini isu berkaitan kaum telah menimbulkan keresahan antara kaum di negara ini.

Beliau berkata perkara yang tidak sepatutnya ditimbulkan yang ada hubung-kait dengan sensitiviti kaum seperti agama dan kontrak sosial yang boleh menimbulkan kemarahan dan tidak senang hati di kalangan kaum telah berlaku.

“Ada kaum yang rasa hak dan sensitiviti mereka nampaknya tidak diambil berat, dipedulikan dan diketepikan,” katanya.

Mengenai pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Abdullah yang juga presiden Umno berkata laporan ‘post mortem’ pilihanraya kecil itu akan diserahkan kepada jawatankuasa pengurusan Umno pusat untuk diteliti dan dihalusi.

Sementara itu mengenai pemilihan Umno peringkat cawangan di Pulau Pinang, beliau berkata kesemuanya berjalan lancar dan telah selesai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: