Gerakan ulangi mungkin keluar BN, MCA mahu kekal

mSTAR – KUALA LUMPUR: Gerakan mengulangi akan meninggalkan Barisan Nasional (BN)jika ia tidak dapat memainkan peranan “yang bermakna” dalam perikatan, kata Pemangku Presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Gerakan sedang menyemak semula peranannya dalam BN, kata beliau dua hari selepas menyatakan pandangan sedemikian.

Kelmarin, kata beliau,. Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya partiparti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakya.

Di Kota Baharu kelmarin, sambil menegaskan Gerakan bukan parti “pak turut” dalam BN, Koh bagaimanapun  berkata, parti itu tidak akan tergesagesa dalam tindakannya dan akan memberi “tempoh munasabah” sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beliau yang menghadiri persidangan tahunan Gerakan Selangor hari ini, Koh memberitahu, parti itu akan terus mendesak agar BN melakukan perubahan dan pembaharuan berdasarkan realiti politik semasa serta jangan mengamalkan politik yang bersifst perkauman.

“Lihat simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal  BN dari dulu,” katanya.

Dalam pada itu, di Ipoh, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata, tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.

Beliau berkata, MCA bukanlah ‘orang luar’, sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

“Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 September ini.

“Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu.

“Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isuisu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.
Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselasaikan dalam semangat muhibah BN.

“Tidak perlu ada kata dua daripada manamana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.

Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhatihati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masingmasing.

“Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.

“Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawankawan yang lain dalam BN,” katanya.

Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: