Menteri: Umat Islam tidak akan berdiam diri…

MALAYSIAKINI – Tindakan empat buah agensi Islam membuat laporan polis terhadap penulis blog “Malaysia Today” Raja Petra Kamaruddin  adalah bukti umat Islam tidak akan berdiam diri dengan penghinaan yang dibuat terhadap agama itu termasuk melalui laman blog di internet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan membuat laporan polis itu amat wajar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ghazali di sini malam semalam, beliau berkata pihak yang menghina dan memperlekehkan imej Islam perlu dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara.

Beliau berharap tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa akan mencegah blog lain daripada menulis dan menyiarkan perkara yang menghina agama Islam, demikian menurut laporan Bernama.

Empat agensi yang membuat laporan polis semalam ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Laporan itu membabitkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk “I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim” dan ulasan pada artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet” yang didakwa menghina umat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: