Mayat wanita masih berapi

HARIAN METRO – RAWANG: Seorang wanita dibunuh, dibakar dan dicampakkan di tapak pelupusan sampah di Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya, dekat sini, semalam.

Mayat wanita berkulit cerah dengan mukanya diselubung kain dengan kaki diikat serta hampir keseluruhan badan terbakar ditemui beberapa penduduk kampung ketika melalui jalan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata identiti mangsa masih belum diketahui kerana tiada pengenalan diri ditemui.

Katanya, polis menerima panggilan jam 8.55 pagi daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan mayat wanita terbakar dengan api masih menyala.

“Sepasukan anggota dari Unit Forensik dan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah bersama anggota Balai Polis Serendah dihantar ke tempat kejadian jam 9 pagi untuk menyiasat.

“Wanita itu dipercayai dibunuh beberapa jam sebelum dicampak di tempat pembuangan sampah,” katanya.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini, polis masih belum menerima laporan awam mengenai kehilangan ahli keluarga dan mengharapkan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat,” katanya.

Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat jam 9.30 pagi.

Norel berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222 dan Balai Polis Serendah di 03-60811222.

Sementara itu di Nilai, niat seorang lelaki ‘berbuka puasa’ di ladang kelapa sawit di Kota Seriemas di sini, petang semalam bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila terserempak tulang manusia yang dibakar dipercayai mangsa bunuh.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an dikatakan ponteng solat Jumaat kerana ingin makan di kawasan itu terkejut apabila menemui tulang manusia berselerakan di sebuah lorong.

Lelaki itu membuat melaporkan polis berhubung penemuan itu dan membatalkan niat makan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh, berkata setakat ini, polis masih belum mengenal pasti jantina dan bangsa si mati.

“Keadaan mayat itu rentung manakala beberapa bahagian tulang tercerai menyebabkan polis terpaksa mengambil masa untuk mengumpulnya,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: