BERITA HARIAN – SEPATUTNYA setelah 51 tahun merdeka kita lebih teliti memilih logo yang menjadi kebanggaan negara. Dengan pelbagai perisian komputer dan teknologi baru, logo yang dipilih seharusnya mempunyai rekaan lebih moden dan ke hadapan, bukannya ke belakang seperti era 80-an.
Logo Hari Kebangsaan yang dipilih kali ini langsung tidak menarik, apatah lagi tidak bertepatan dengan konsep. Apabila logo itu dikecilkan ia kelihatan serabut dan tidak berdiri kukuh. Lebih menyedihkan logo itu gagal membawa mesej yang jelas dan menimbulkan kekeliruan.
Memasukkan perkataan `Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51′ dalam logo dan warna putih tidak digambarkan dengan jelas, bertentangan dengan syarat pertandingan yang diiklankan. Ini bermakna tema dan rasional logo yang diiklankan berlainan, rakyat berbilang kaum terasa keliru.
Saya mengikuti perkembangan logo hari kebangsaan sejak tahun 1970-an lagi dan dengan latar belakang pekerjaan dalam bidang seni reka grafik selama 21 tahun selain pernah menjadi pengadil pelbagai pertandingan logo sebelum ini saya berasa amat kecewa dan malu dengan apa yang berlaku.
ANAK MERDEKA KECEWA,
Cheras, Selango
Tinggalkan Jawapan