Komponen BN kekal, Abdullah mahu pastikan 16 Sept tidak berlaku

mSTAR – PETALING JAYA: DSidang akhbar kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan sidang akhbar petang inin tidak menjadi, sebaliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

“Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,” kata Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Desas-desus mengatakan tujuh komponen BN akan mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ternyata meleset. Desas-desus itu disebarkan menerusi SMS dan emel sejak beberapa hari lalu.

Parti-parti komponen yang didakwa sepatutnya mengadakan sidang media menyertai Pakatan Rakyat ialah SAPP, Gerakan, Parti Bersatu Sabah, Parti Demoktratik Liberal, Upko, Parti Progresif Penduduk, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali berkata bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.

“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Tidak,” kata Abdullah dipetik Bernama.

Beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku jika ia hanya berpaksikan kepada faktor penghijrahan oleh anggota BN ke pembangkang.

Sebaliknya, kata Abdullah, adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.

“Kerajaan tumpu pada kerja dan bukan memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku. Tumpu pada kerja untuk menjadikan negara ini lebih baik, meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dan banyak lagi,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan segala perkembangan kepada Seri Paduka Baginda.

“Saya beri taklimat mengenai apa yang berlaku. Saya juga bercakap apa yang diambil berat ialah perniagaan berjalan seperti biasa. Kita telah melakukan segala-galanya untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran ketika berurusan dengan rakyat.

“Pengundi telah beri amaran tentang apa yang tidak menggembirakan mereka tetapi mereka juga memberi sokongan yang mencukupi untuk (BN) menubuhkan kerajaan.

Kita menyampaikan apa yang telah dijanjikan. Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan,” katanya.

Mengenai lawatan sambil belajar ke luar oleh anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Ahad ini sehingga 15 September nanti, Perdana Menteri berkata, program itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini.

“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” katanya.

Advertisements

1 Komen

  1. sifu784 said,

    5 September 2008 pada 10:38 pm

    Anuar Ibrahim telah beliau komitet dengan apa yang dirancang sehingga kini semuanya berjaya. Tidak mustahil 16 sept juga bakal terjadi jika benar ada AP BN yang melompat parti. Kesetiaan AP BN harus kental bagi memastikan cita-cita anuar hanya khayalan. Namun sejauh mana kekental itu wujud dalam sanubari setiap AP BN yang menjadi persoalan yang gagal dihalusi. Kita melihat semua parti komponen BN menhadapi masalah dalaman yang sukar diubati.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: