Peguam: Ramlang dalam jagaan PKR

MALAYSIAKINI – Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, kini berada “dalam jagaan” parti itu, kata peguamnya Ahmad Nizam Hamid.

Beliau berkata, Ramlang dan keluarganya – seorang isteri dan tiga anak –  kini “selamat di sebuah tempat”.

Ahmad Nizam yang juga ketua bahagian PKR Maran, bagaimanapun enggan mendedahkan tempat imam itu berada.

Ditanya bentuk kawalan pergerakan terhadap imam muda itu, Ahmad Nizam berkata: “Sembahyang Jumaat pun dia pergi. Dia tidak ikut nasihat saya.”

“Tetapi orang tidak perasan,” katanya, sambil ketawa kecil.

Keselamatan Ramlang dikawal akibat kebimbangannya dan PKR susulan kejadian kehilangan misteri penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menafikan tuduhannya terhadap hubungan Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang mulai hari ini memohon tambahan cuti sehingga lusa.

Tindakan itu, tambahnya, dibuat memandangkan cuti tahunan imam kelahiran Sabah itu masih berbaki 16 hari.

“Dia masih mahu terus berkhidmat (di masjid di Jalan Duta),” katanya.

“Daripada sudut karier, saya rasa dengan lima negeri di bawah (kerajaan) Pakatan Rakyat, tidak ada masalah (menerima Ramlang).

“Cuma hati beliaulah, beliau rasa beliau tidak buat apa-apa salah.”

Advertisements

2 Komen

  1. 4 September 2008 pada 2:31 am

    Dalam jagaan PKR.. :- )

  2. 4 September 2008 pada 2:36 am

    Dalam jagaan PKR.. :- )
    _______________________________________
    Nampak nya malaysia hari ini kena tambah satu kementerian pertahanan lagi, 1 untuk kerajaan dan 1 untuk pembangkang, bukan untuk bergaduh, sengketa sesama kementerian.. tapi untuk mendapatkan tempat untuk penjagaan. kalau lah di pihak kerajaan pusat seseorang perlu dan memerlukan perhatian atau penjagaan di letak nya di bawah penjagaan atau pengawasan polis.. tapi sebagaimana yang berlaku kepada Pak Imam Wilayah ni kena berteduh secara sendiri di bawah PKR :- ), di manakah keadilan yang di laung2kan?
    ________________________________________


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: