Pantun mufti Perlis bidas siapa?

MALAYSIAKINI – Pantun mufti popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta pemimpin negara mengundur diri “apabila negara kacau” menimbulkan seribu tanda tanya.

mohd asri zainul abidin interview 231106 pointPantun yang disiarkan di blog beliau (www.drmaza.com) dua hari selepas pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh minggu lalu, antaranya, menyebut:

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Dalam pilihanraya yang menjadi tumpuan ramai itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat dengan majoriti besar 15,571 undi.

Karya mufti Perlis yang berjudul Pantun ‘Cari Ganti’ bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin politik yang dimaksudkan ataupun anggota mana-mana parti politik.

Bagaimanapun ia dipercayai merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tulisan sinis Dr Mohd Asri itu boleh mengundang pelbagai reaksi kerana disiarkan ketika pelbagai pihak mendesak Abdullah mengundur diri – antaranya Anwar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – kerana didakwa tidak mampu mentadbir negara.

Pantun empat kerat itu berlatarkan imej pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Dipelawa jadi calon

Mohd Asri sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembangkang apabila menyertai sebuah forum anjuran Pakatan Rakyat di Kelantan.

pantun mohd asri blog 030908Malah, beliau juga turut dipelawa untuk bertanding atas tiket BN bagi mencabar Anwar di Permatang Pauh.

Dalam rangkap akhir pantun empat kerat itu, mufti muda itu turut meminta pengunduran itu digantikan dengan pemimpin yang “berbudi tinggi”.

Rangkap itu berbunyi:

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jangan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Rangkap ini juga tidak menyatakan siapakan pengganti yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, dua tokoh yang disebut-sebut ingin menggantikan tempat Abdullah termasuklah timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan tahun 2010, selain Anwar yang berusaha merebut tampuk kekuasaan menjelang 16 September ini.

Mufti Perlis sering menjadi perhatian media kerana kerap memberikan reaksi dan komen kritis terhadap fenomena politik dan isu-isu semasa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata beliau tidak dapat bercakap panjang kerana ada urusan dan meminta belau dihubungi semula.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi kembali setakat ini.

Advertisements

2 Komen

  1. 4 September 2008 pada 2:18 am

    dalam segala hal, tak kira apa jua perkara samada sekecil2 basuh najis baby sehinggalah sebesar2 proses pemerintahan sesebuah negara ianya bermula daripada ilmu (tidak lengkap sesuatu ilmu bilamana tiada hujah, dalil dan debatan), begitu juga dalam sesebuah negara, tidak lengkap sesebuah negara tanpa pandangan / pendapat / saranan, tanpa pengkritik / pemprotes, dan tanpa tindakan / susulan)
    _________________________________________
    Didada akhbar samada akhbar Alternatif / akhbar arus perdana di akhir2 ini “bahangnya 4-5 bulan kemari / terbaru” banyak memaparkan protes, saranan, tak kurang juga ala2 sumpah maki “drp sumber terbuka blog” kepada puncuk pimpinan kerajaan pusat. apa pelik dan salah nya bila mana seseorang di tegur bertindak mengikut apa yang petut berpandukan saranan umum. tak kiralah samada individu, wakil rakyat ,emteri atau ketua menteri atau ketua pusat sekali pun :- ), buat perubahan mengikut saranan umum. tapi yang peliknya berkilo2 dah cili di sumbat kat mulut tapi langsung tak rasa pedas, termasuk lah cili pantun Mufti perlis.. heren seribu kali heran.. adakah ini kepincangan berterusan menunggu rebah?

  2. Zubli Zainordin said,

    5 September 2008 pada 3:13 am

    Pantun ‘Cari Ganti’ Mufti Dibalaih Pemantun Oghang Kampung

    Coretan @ Luahan Oleh zublizainordin

    Dengaq ceghita ada pantun yang dapat perhatian ghamai laa ni. Oghang Kampung pee cek peghiksa tengok, betoi ada. Penuh ngan makna.

    Tunggu punya tunggu, tak dak yang balaih, di antagha Pak Lah, Anuaq, Najib, atau Ku Li, atau sesiapa yang dok kat keghusi PM, dan siapa yang bakal nak ganti.

    Tak dak yang balaih. Kalau ada habaq mai kat Oghang Kampung, noo.

    Jadi, tak pa, ni pemantun Oghang Kampung coba trai dan jawab ya.

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15397


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: