Nik Aziz: Apa erti maju tu?

MALAYSIAKINI – Menteri Besar Kelantan meminta Ketua Audit Negara menjelaskan takrif “kemajuan” sewaktu merumuskan aktiviti jabatan dan agensi kerajaan negeri itu tidak menunjukkan kemajuan ketara.

“Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ini dikira dari mana,” kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan sambutan Hari Integriti peringkat negeri hari ini.

Menurut Bernama, beliau diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara yang mendapati aktiviti jabatan dan agensi kerajaan Kelantan sepanjang tahun lepas, secara umumnya “tidak menunjukkan kemajuan ketara”.

Menurut laporan itu, masalah membabitkan kelemahan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terus berlaku yang membabitkan agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian, Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan projek usaha sama Pembangunan Bandar Baru Tanah Merah.

Nik Aziz berkata kerajaan negeri sedia mengatasi semua kelemahan yang dikesan di jabatan dan agensinya.

Advertisements

2 Komen

  1. 3 September 2008 pada 4:01 am

    Maju tu beerti buat pembangunan tinggi2 80 90 tingkat kot.. jual sayur, ikan, ayam di tingkat 40, 50, makcik2 nak beli ikan, naik lift pi beli ikan, sayur kat tingkat 40. kelakar laaa

  2. 3 September 2008 pada 4:03 am

    teruskan perjuangan yang terpahat di hati dan sanubari Tuan Guru.. patut bidas, bidas balik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: