Isu lompat parti: Penganalisis lihat tidak mustahil menjadi realiti

mSTAR – PETALING JAYA: Rata-rata penganalisis politik yang dihubungi beranggapan tidak mustahil untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan Persekutuan yang baru menjelang 16 September ini.

Menurut pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein dalam politik tidak ada apa yang mustahil.

Ketika ditanya adakah beliau yakin dengan usaha Anwar itu, beliau berkata:

“Tiada istilah mustahil dalam politik. Mungkin juga apa yang diperkatakan Anwar itu menjadi kenyataan. Namun semuanya bergantung kepada keadaan politik semasa.”

Jelasnya, perkara lompat parti itu mungkin mampun menjadi kenyataan kerana ahli politik adalah manusia dan mereka mempunyai pilihan untuk mencari yang terbaik.

“Kita kena ingat ahli politik ini manusia bukannya benda yang tidak punya keinginan untuk mendapat perkara yang terbaik,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Sementara itu, menurut pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku walaupun beliau ragu-ragu mengenai kemungkinannya.

“Ia tidak mustahil… mungkin faktor masa akan menentukan sama ada ia benar-benar terjadi atau tidak,” katanya.

Menurut beliau, isu lompat parti ini bergantung kepada keadaan politik semasa dan jika benar ia terjadi rakyat perlu bersedia meneriman perubahan.

“Mungkin Barisan Nasional hanya akan menjadi sejarah dan kita akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nizammudin Sulaiman berkata sukar untuk menjangkakan perkara tersebut akan berlaku.

“Agak sukar untuk menjangkakannya sekarang, tapi ia tidak mustahil untuk berlaku. Politik bersifat relatif dan ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.

Jelasnya, isu-isu rakyat terutamanya masalah kenaikan harga minyak, inflasi dan ketidakstabilan politik mendorong isu lompat parti ini terjadi.

Advertisements

1 Komen

  1. tedung gua musang @ minda kosong kelantan said,

    3 September 2008 pada 10:20 pm

    Biasalah lompat, lompat si katak lompat, apa nak heran.. kalau tak pandai melompat, alamatnya katak bawah tempurung lahh.. sama ada tak boleh lompat, atau langsung tak nak melompat :- )
    ________________________________________

    Yang tak bleh lompat al-faham-faham laa, yang langsung tak nak melompat tu al-faham2 laa juga.
    kalau takde habuan apa2 langsung tak nak melompat tu al-bodoh, bebel lah nama nya. menegakan kepincangan sah di mata mereka.

    yang kategori tak bleh lompat tu maksud nya tersepit, nak lompat tak bleh, tak nak lompat pun tak bleh. kalau katak A nak lompat, katak B bagi warning nak dedah kepincangan, kerasuahan si A, kalau si katak B nak lompat, katak si plak bagi warning kat katak B. lompat laa, aku dedah kepincangan peribadi kau plak :- ). faham maksud yang tersirat??? nak tak nak yang dok bawah tempurung tu bertapa laa situ sampai Kerajaan BN jatuh.

    Prosepsi kedua plak, yang bleh melompat, tapi langsung tak nak lompat. ni sah kaki jilat, kaki bodek, kaki makan duit rakyat. kalau dia melompat terlepas lah project2 termaterai.. sapa tau kalau dia tak lompat dia dapat duit silap mata berjuta2 dalam tempoh dua tiga hari nii.

    Apa-apa pun walaupun anda di tempurungkan, alangkah lebih baik anda berpakay sesama anda, pecahkan tempurung tu.. keluar laaa ramai2 melompat ke Kerajaan baru, saya pasti, adat kata, dalam reramai-ramai menteri tak semesti mengiyerkan 100% keputusan yang di buat parti. sedikit sebanyak pertikaman lidah sesama sendiri akan berlaku.. alangkah baik kiranya anda lompat, buat kamus idop baru dalam suasana kerajaan baru.. kiranya anda masih berada dalam tempurung, tapi nak buat perubahan baru, kamus baru, tak mungkin serpihan2 panas kepincangan anda terpapar semula di hari kelak.

    Macam Timbalan Perdana menteri walau apa-apa pun ia terpaksa ikut dan saranan pak imam hadhari. tahu kenapa? sebab sebelum ini dalam tempoh 5 tahun lepas setelah kenaikan paklah sebagai PM percuma, terlepas kata di mulut beliau sebagaimana “lebih kurang maksud” ia nya tak kan jolok dari belakang, tikam dari belakang pada masa yang sama membawa maksud sindiran kepada Anuar Ibrahim sebagaimana tragedi 1998.
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    lompat, jangan tak lompat..sekiranya tak melompat, katak yang di tempurungkanlah background anda. :- )


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: