Bajet: Kos operasi naik mendadak

MALAYSIAKINI – Perbelanjaan operasi dalam Bajet 2009 semakin besar berbanding tahun-tahun sebelum sehingga peningkatannya itu mengatasi keseluruhan peruntukan bajet tiga tahun lalu, kata DAP.

Setiausaha publisiti parti itu Tony Pua berkata, jumlah RM154.2 bilion untuk tahun depan melebihi bajet 2006 sebanyak 12.7 peratus daripada jumlah RM136.8 bilion.

“Sangat sukar DAP memahami sebab kerajaan meningkatkan perbelanjaan operasi sehingga RM53 bilion atau 52.4 peratus dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

“Ia meningkat hampir dua kali ganda sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2003.”

Pua, yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, berkata parti itu mempertikaikan kecekapan pentadbiran kerajaan apabila perbelanjaan operasinya meningkat dengan begitu cepat sejak 10 tahun lalu (lihat carta).

“Ia meningkat 189 peratus sejak 2000,” katanya.

bm version budget operational expenditure 1998 to 2009 020908

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: