Anwar janji bajet lebih baik

MALAYSIAKINI – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.

Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit dan cukai serta melaksanakan sistem tender terbuka.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.

Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Mereka juga bimbang dengan peningkatan kadar defisit dalam bajet tersebut.

Sebelum ini Anwar, yang juga bekas menteri kewangan,
telah berkata beliau akan dapat menubuhkan kerajaan baru pada 16 September depan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: