Umno hadapi krisis moral dan budaya yang serius – Ku Li

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkata, Umno sekarang ini menghadapi krisis budaya dan moral yang sangat serius akibat penularan rasuah dalam parti itu.

Berucap dalam satu majlis anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di Kota Bharu, Sabtu lepas, Ku Li menegaskan, selain berleluasa dalam parti yang memerintah rasuah juga sudah menjadi masalah besar dalam perkhidmatan awam.

“Masalah ini sudah menjadi ‘open secret’, yakni bukan rahsia lagi. Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendedahkan bahawa rasuah beli undi ini sudah menjalar ke seluruh akar umbi Umno.

“Saya anggap ini sebagai krisis budaya dan moral yang sangat serius, dan boleh memusnahkan Umno dan menjadikannya parti politik usang,” tegasnya.

Teks ucapan Ku Li selaku Penaung MTRK dihantar kepada Harakahdaily menerusi emel.

Ku Li yang akan mencabar Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Perhimpunan Agung parti itu Disember depan turut melontarkan kebimbangan beliau, bahawa rasuah politik dalam Umno, hanya akan menyebabkan parti itu diterajui orang yang tidak layak.

Image“Dapatkah kita menjamin bahawa melalui rasuah politik dalam UMNO itu, hanya orang yang baik, cekap, bersih, jujur atau yang mempunyai kelayakan dan kemampuan yang kuat untuk memperjuangkan kepentingan parti dan anggota parti atau untuk menjadi pemimpin kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?”, soal beliau.

Ku Li turut memetik kata popular di kalangan Umno yang mengatakan, ‘dalam Umno kalau anda tidak punya wang (tidak kira dari mana datangnya wang itu) jangan cubalah bertanding melawan calon yang kaya’.

Beliau turut memberi perumpamaan bahawa rasuah rasuah adalah seperti anai-anai yang boleh memakan asas atau tiang rumah.

Katanya, tiang (Umno) dan rumah (negara) akan roboh dan porak peranda jika ‘anai-anai rasuah’ tidak dibunuh dengan segera.

Dalam ucapannya juga Ku Li turut menegur kepimpinan Umno supaya menyelesaikan segera masalah ekonomi, perhubungan antara kaum dan pelbagai isu yang boleh menjejas kestabilan dan kedaulatan negara.

“Masalah inilah yang mesti kita tangani secara serius kalau kerajaan atau parti yang memerintah sekarang tidak mahu kehilangan keyakinan rakyat yang lebih teruk lagi daripada yang dialaminya selepas PRU ke-12,” tegasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: