16 September cuti umum negeri diperintah Pakatan? Syor Anwar dikaji

mSTAR – PULAU PINANG: Selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

“Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai ‘Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita’ di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

“Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan,” kata Lim yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.

Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.

Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.

“Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: