Anwar nasihat Fairus turun padang

MALAYSIAKINI – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

anwar ibrahim 290408Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.

Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.

“Saya susah hati kerana tidak pernah orang komplen secara terbuka begini dan mereka minta saya nasihatkan Fairus. Memang kita sibuk tetapi kenalah luangkan masa untuk menemui penduduk kerana mereka boleh  faham dan terima kalau kita sibuk tetapi mereka tidak boleh terima kalau kita tak turun padang,”  kata Anwar.

Bernama memetik beliau sebagai berkata mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikan dalam ucapannya di majlis  kesyukuran kemenangan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Parlimen Permatang Pauh ini.

Hadir sama ialah isternya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

mohammad fairus khairuddinFairus yang ditemui pemberita kemudian berkata beliau menerima teguran itu secara positif.

Menurutnya, beliau akan berusaha memperbaiki perkhidmatan kepada penduduk bukan sahaja di Penanti malahan di Pulau Pinang.

Katanya beliau banyak menumpukan masa untuk menyusun pentadbiran kerajaan
negeri bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng sejak lima bulan lalu.

Fairus berkata jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh mendapatkan bantuan di Pusat Khidmatnya
di Tanah Liat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: