Akujanji Ahli Parlimen Sabah satu tindakan terdesak

HARAKAHDAILY – KOTA KINABALU – Tindakan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksa ahli parlimen Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji merupakan suatu tindakan terdesak bagi mengelak Barisan Nasional (BN) tersungkur menyembah bumi.

“PM jelas merasa cemas dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ini amat ditakuti oleh Najib dan Abdullah sehingga mereka memaksa ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji bagi mengelak parti itu tersungkur menyembah bumi,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Menurutnya, surat akujanji tidak mempunyai apa-apa kesan kepada undang-undang yang boleh menyekat seseorang Yang Berhormat (YB) untuk terus kekal di dalam parti yang sedia ada.

Tambahnya, surat akujanji sebenarnya hanya meletakkan harga diri seorang YB sama seperti seorang pegawai kerajaan yang selama ini telah menzahirkan kesetiaan mereka kepada pemerintahan BN.

Beliau yang juga YDP Pas Kawasan Batu Sapi berkata, sewaktu kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) meluluskan undang-undang anti lompat di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah, BN menolak undang-undang tersebut, jadi mengapa kini PM memaksa ahli parlimen Sabah dan Serawak menandatangani akujanji tersebut.

Sehubungan itu katanya, “saya menasihatkan mana-mana YB BN Sabah yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, YB harus bersedia mengadaptasi senario politik yag serba baru yang asas perjuangan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.”

“Pakatan Rakyat tidak akan menjanjikan politik wang atau kemewahan peribadi seperti yang dijanjikan oleh BN dan ahli parlimen BN mesti bersedia mengisytiharkan aset mereka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat di negeri ini agar Pakatan Rakyat yang mereka sertai benar-benar mencerminkan sebuah pakatan yang bersih dari rasuah dan amalan kronisme,” katanya.

Beliau juga menyatakan senario politik Sabah banyak diwarnai babak YB yang cenderung melompat parti sehingga sesuatu parti yang memenangani pilihanraya negeri dengan hanya majoriti mudah boleh ditumbangkan dengan melompatnya seseorang YB ke parti lawan.

Ini terbukti dalam pilihan raya DUN negeri Sabah pada 1995 yang menyaksikan parti PBS tumbang apabila dua Adunnya melompat ke Umno.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: