Othman Abdul nafi beri wang pada ahli ke Ptg Pauh

MALAYSIAKINI – Bekas ketua Umno bahagian Pendang, Datuk Othman Abdul menafikan dakwaan bahawa beliau memberi wang kepada ahli parti untuk ke Permatang Pauh semasa pilihanraya kecil di situ.

othman abdulBeliau berkata, laporan sedemikian rupa muncul kerana beliau akan bertanding jawatan ketua bahagian Pendang, Oktober depan.

“Tidak betul…itu tipu kalau kata saya hendak beri wang kepada mereka.

“(Ketika) musim pemilihan memang boleh berlaku cerita seperti itu walaupun ia sebenarnya tidak ada (berlaku),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Othman berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa beliau memberi wang kepada beberapa ahli parti untuk membolehkan mereka ke Permatang Pauh.

Beberapa ahli Umno Pendang yang ditemui di Permatang Pauh mendakwa mereka mendapat RM100 yang diberikan oleh Othman.

Mereka mendakwa, wang tersebut diberikan oleh penyokong kuat Othman sehari sebelum bertolak ke Permatang Pauh, Selasa lalu.

Dalam pertandingan jawatan ketua bahagian Pendang, Othman dijangka berdepan dengan ketua bahagian sekarang, Datuk Md Rozai Shafian.

Reaksi Md Rozai

Daripada 143 cawangan yang telah mengadakan mesyuarat, Othman mendapat 98 pencalonan manakala Md Rozai, 45.

Sebanyak 45 cawangan lagi belum mengadakan mesyuarat ekoran ditangguhkan kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Md Rozai pula berkata, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia bertujuan untuk memburuk-burukkan calon yang bertanding ketua bahgian.

Beliau yang akan mempertahankan jawatan berkata: “Apa kena mengena pemilihan Umno Pendang dengan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh?”

Katanya, mungkin ada orang tertentu yang menyebarkan cerita tersebut untuk meraih kepentingan mereka.

Sementara itu, ahli jawatankuasa (AJK) Umno Pendang, Md Kamal Saidin berkata, setakat ini beliau tidak mendengar laporan mengenai perkara tersebut.

“Mungkin pihak lawan cuba memburuk-burukkan pihak yang satu lagi menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui Umno bahagian membayar RM40 sehari kepada petugas parti yang berkempen di Permatang Pauh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: