Mengapa Anwar gagal dikuburkan?

mSTAR – “Kita Menang, We Won“. Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi tadi telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok – premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.

Sehingga September 1998 beliau berada di kerusi nombor dua barisan hadapan di bahagian blok kerajaan selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertentang mata dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng.

Esok, kedudukan Anwar akan berubah di Dewan Rakyat yang landskapnya lebih meriah dan ceria berbanding satu dekad lalu.

Beliau pula akan mengetuai barisan pembangkang – bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Pemimpin-pemimpin yang disebutkan itu masih berada di Parlimen, tetapi Anwar akan mengepalai mereka di Parlimen bertentang mata dengan barisan kerajaan. Inilah politik! Tiada sesuatu yang kekal dalam arena politik negara.

Perkara ini juga seringkali disentuh oleh Anwar ketika ceramah kempennya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. “Pada 26 Ogos kita menang, insya-Allah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk melantik saya menjadi Ketua Pembangkang dan 28 Ogos saya masuk Parlimen, 29 Ogos Perdana Menteri membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan mata dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya akan duduk tengok, tak tutup mata… ,” kata Anwar dalam beberapa ceramah yang diikuti sepanjang 10 hari kempen di Permatang Pauh. Pasti beliau telah mengulangi perkara yang sama dalam ceramahnya yang tidak sempat dijejaki.

Berdasarkan tinjauan mStar Online yang dibuat, Anwar khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun melakukan kerja-kerja asas bagi memastikan beliau kembali ke Parlimen dari dulu lagi. Maklumat yang diperoleh menunjukkan Anwar sudah pun merancang untuk kembali bertanding di Permatang Pauh selepas beliau keluar penjara empat tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada salah satu ceramahnya minggu lalu, Anwar ada menyebut bahawa isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah pun meminta yang beliau harus bertanding semula di Permatang Pauh.

Jadi, ia menunjukkan Dr. Wan Azizah hanya menjadi “penjaga” atau “caretaker” kerusi berkenaan yang disandang Anwar dari 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding telah membataskan beliau daripada bertanding sehingga April lalu. Pilihan raya umum diadakan 8 Mac, lima minggu lebih awal sebelum larangan itu berakhir.

Strategi untuk Anwar bertanding dan memenangi kerusi berkenaan telah disusun rapi sejak setahun lalu sebagai tambahan apa yang telah dibuat sejak April 2004. Pendek kata langkah untuk membolehkan Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen telah dilakukan dengan terperinci dan tersusun. Pemerhatian ke pusat-pusat operasi PKR juga menunjukkan situasi tersebut.

—————————————————————————-
JADUAL KEPUTUSAN

Hanafi Mamat (AKIM):                         92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) :       31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN):        15,524 undi

Jumlah mengundi:                  47,258
Keluar mengundi:                   81 peratus
Undi rosak:                             447 undi
Majoriti:                                  15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

—————————————————————————-

Kedua, modal politik bahawa Permatang Pauh memerlukan anak tempatan juga tidak dapat mengatasi bakal kemenangan Anwar. Umno Permatang Pauh sejak awal lagi menekankan pihaknya mahu anak tempatan diberi peluang untuk menjadi calon kali ini.

Mengambil kira Anwar juga dilihat sebagai anak tempatan, walaupun lahir di kawasan Cherok Tok Kun, kelebihan faktor anak tempatan tidak membantu calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah disumbangkan dengan undi dalam jumlah yang banyak.
Sebagaimana dikatakan tadi, Anwar juga seringkali menyebut “ini kawasan saya, jangan datang ke sini kata nak kuburkan saya.” Salah satu kain rentang di kawasan Mengkuang, berhampiran kawasan Pusat Penjumlahan Undi, menyebut “Ini Wilayah Anwar Ibrahim”.

Ketiga, persepsi personaliti yang telah berjaya dibentuk oleh Anwar dan pasukan strategi pilihan raya sepanjang empat bulan yang lalu menjadi faktor penentu kemenangan besar Anwar.

Di peringkat nasional Anwar telah digambarkan sebagai pemimpin negara, bukan lagi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata. Perkara ini telah ditekankan di Permatang Pauh sejak sebelum hari penamaan calon. Pastinya ia telah disemai lebih awal lagi. Pencabar terdekat beliau, Arif Shah juga seorang pemimpin yang kerja kuat tetapi beliau tidak berupaya untuk mengatasi persepsi disusun Anwar – “Harapan Baru Untuk Malaysia”. Sama ada orang percaya pada persepsi itu ataupun sebaliknya, sama ada mereka yakin ataupun sebaliknya, pengundi-pengundi Permatang Pauh memberikan undi kerana persepsi ini. Sepatutnya Umno menggunakan platform peralihan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 2010 sebagai asas untuk meraih undi!

Penduduk Permatang Pauh sudah diberikan satu gambaran undi kepada Anwar bukan setakat memilih seorang Ahli Parlimen tetapi memberi undi untuk mengetuai kerajaan baru yang disebut-sebutkan oleh Anwar sejak selepas pilihan raya umum ke-12. DAP menggunakan moto “beri satu undi, anda dapat dua undi” yang merujuk kepada dua jawatan iaitu kerusi Ahli Parlimen dan juga jawatan yang lebih tinggi – yang dimaksudkan ialah kedudukan Perdana Menteri.

Anwar menyasarkan 16 September ini sebagai tarikh membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan. Selepas kemenangan malam tadi beliau masih mengulangi sasaran tersebut.

Tanggapan sedemikian telah memikat pengundi untuk terus mengekalkan Anwar meskipun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun sendiri gelanggang dan menyenaraikan janji pembangunan dan bantuan yang bakal diberikan kepada penduduk Permatang Pauh.

Di sebalik persepsi itu, Anwar pula telah menggunakan isu-isu nasional semasa, yang utamanya ialah kesan kenaikan harga minyak yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, untuk meraih sokongan. Arif Shah menggunakan isu bersifat lokal yang gagal menarik perhatian banyak pihak khususnya pengundi dari Dewan Undangan Negeri Penanti dan Permatang Pasir yang masih-masih merupakan kubu PKR dan PAS. Hampir 90 peratus kawasan itu bergerak kepada Anwar.

Keempat, Pakatan Rakyat telah memperlihatkan kerjasama praktikal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil ini, yang secara kebetulan diadakan di negeri yang kini dikuasai pembangkang. Walaupun pembangkang juga menunjukkan kecacatan hubungan dan kerjasama tetapi ia tidak mampu untuk menghalang kemenangan Anwar. Masing-masing parti mengetahui dan menyedari kelebihan dan kekurangan komponen Pakatan Rakyat tetapi ia dilupakan buat sementara waktu untuk menjayakan kemenangan. Malah ini masa bagi semua komponen Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka mempunyai sumbangan dalam menentukan kejayaan Anwar dan ia penting dalam proses perundingan kuasa kelak jika Pakatan Rakyat mencapai sasaran 16 September.

Kelima, masalah dalaman Bahagian Umno Permatang Pauh, walaupun cuba dinafikan banyak pihak, tetapi telah menjadi kekuatan dan kelebihan kepada pembangkang untuk dieksploitasikan dalam bentuk undi. Malah ada yang mendakwa wujud sabotaj dalam Umno untuk menggagalkan Arif Shah daripada menang. Masalah dalaman ini membawa kepada kegagalan menyusun strategi dengan berkesan dengan menembusi kubu pembangkang, sebaliknya pembangkang memasuki beberapa kawasan dalam kubu Seberang Jaya yang dipimpin wakil rakyat Umno iaitu Arif Shah.

Keenam ialah isu liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak membantu menghakis populariti Anwar. Sebaliknya sentimen 1998/99 masih berulang di Permatang Pauh. Isu itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak selesa orang ramai. Anwar mendapat undi simpati tambahan kali ini.

Empat hari sebelum pengundian Arif Shah yang ditemui mStar Online menafikan dakwaan jentera Anwar bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menang selesa dengan majoriti 15,000 undi. Apabila diaju soalan itu kata beliau: “Saya tidak fikir begitu.”

Kata beliau, kini (sehingga hari itu) sokongan kepada beliau dan BN sedang melalui arah aliran peningkatan. “Kini (Jumaat lalu) sokongan kepada saya sudah melepasi 41 peratus walaupun beberapa hari yang lalu ada penurunan sedikit dan saya pasti ia akan meningkat dalam sehari dua ini, tidak mustahil untuk memperoleh lebih 50 peratus,” katanya.

Pada hari yang sama Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata, “kami tidak bercakap mengenai angka (tahap peratusan), tetapi campur tolak kemungkinan akan memperoleh majoriti yang baik (berbanding 8 Mac).”
Jentera Anwar telah meletakkan sasaran awal untuk memperoleh majoriti 20,000 undi.

Parlimen bahagian Permatang Pauh terdiri daripada 58,459 pemilih iaitu 40,619 orang atau 69.49% merupakan pengundi Melayu, Cina (14,360; 24.56%), India (3,390; 5.79%) dan lain-lain (280; 0.13%).

Anwar turun gelanggang dengan banyak kelebihan. Hakikatnya BN memahami aspek ini. Kerana kelebihan itu beliau sanggup bertanding lebih-lebih lagi Permatang Pauh, tidak di tempat lain ketika berhadapan dengan isu liwat.

Kelebihan-kelebihan ini telah menggagalkan misi untuk mengkuburkan Anwar di Permatang Pauh.

Advertisements

3 Komen

  1. 27 Ogos 2008 pada 4:42 pm

    Tahniah, jawapan atau keputusan rasmi untuk pilihanraya permatang pauh sudah pun terungkai.. kemenangan dengan majoriti melebihi calon BN di perolehi oleh pihak DSAI (PKR), tahniah Dato seri Anwar Ibrahim. Jalanilah tanggungjawab yang di pertanggungjawabkan kepada Dato Seri, amanah rakyat perlu di titikberatkan. pada masa yang sama kami ingin mempelawa kepada blogger2, pelawat2 blog supaya Dapatkan Perisian E-Perakaunan (E-Perniagaan) untuk kegunaan kira-kiraan dalam kerja perakaunan. Elok bagi individu yang berurusan dengan kerja-kerja akaun. Di jamin 100% dengan sokongan / memiliki perisian ini, pelajar tingkatan 3 dapat melakukan kerja-kerja perakaunan sebagaimana kerani kewangan, akauntan dan graduan-graduan universiti Untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.guamusang.net

  2. permatakaca said,

    28 Ogos 2008 pada 4:08 pm

    saja nak fikir-fikir sebab tak berapa nak percaya kat anwar ? tapi tak juga berapa nak percaya kat pak lah

  3. 29 Ogos 2008 pada 12:31 am

    Apa-apa pun kepanasan pilihan raya kecil permatang pauh telah pun selesa.. nak tak nak rakyat malaysia kena terima kenyataan yang PKR meraih undi lebih 15 berbanding dengan parti lawan nya.. sekarang ini kita lihat dan perhatikan apa yang berlakusecara terbuka, secara lapang dada, suara kita sebagai rakyat bawahan tak kan kemana.. Tapia apa-apa pun daripada kita cakap-cakap kedai kopi baik kita bloging kan artikel-artikel kita ke blog . harap kepada blogger-blogger teruskan perjuangan.. teruskan ber-artikel, kemukakan lah pandangan (pendapat), komen, syoran (syor) / saranan yang positif.. biar kena pada tempat dan cara.. biarpun artikel, berita yang di kemukakan panas dan pedas.. JANJI benar.

    Apa-apa pun kami pihak http://www.guamusang.net ingin mempromosikan product kami kepada anda yang berkaitan..
    Dapatkan perisian penuh E-Perakaunan (E-Perniagaan) dengan harga yang berpatutan.
    Ianya sesuai di gunapakai oleh semua golongan terutama yang mengendalikan kerja-kerja yang berkautan dengan akaunting, tak kira samada secara peribadi, bersyarikat atau yang berkaitan.
    Amat baik untuk akaunten-akaunten bank, pengurus-pengurus syarikat atau pengurus kewangan syarikat, juru audit berdaftar, atau mana-mana pihak yang melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan keluar masuk kewangan.
    Baik untuk pensyarah-pensyarah di Universiti untuk jadikan modul asas perniagaan sebagai TEMPLATE kepada pelajar-pelajar di bawah kelolaan mereka. Ianya amat mudah (verry easy) untuk di gunakan.
    Di jamin 100%, dengan adanya Perisian Penuh E-Perniagaan ini, pelajar tingkatan 3 (form 3) dapat melakukan kerja- yang di lakukan akautan-akauntan bertauliah. Graduetgraduet universiti.
    Ianya juga amat sesuai untuk di pakai guna untuk jurujual-jurujual kenderaan, jurujual perumahan, kerani bank dan lainnya memandangkan pakej yang disediakan merangkumi ….
    KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA LAYARI http://www.guamusang.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: