Jaminan Anwar Pakatan Rakyat realisasikan aspirasi rakyat

mSTAR – PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh malam tadi berjanji Pakatan Rakyata akan melaksanakan janji-janji yang ditunaikan.

“Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami.


“Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu,” kata beliau dalam blognya tengah malam tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menambah, “kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.”

Anwar yang kembali ke Parlimen selepas 10 tahun memberitahu, dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam tadi beliau berani untuk menegaskan “kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.”

“Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini.

“Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi,” katanya.

Tambah beliau, langkah kecil di Permatang Pauh semalam akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

Kata beliau lagi, pihaknya telah memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini.

“Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan,” ujar beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: