Nalla gembira disaman Anwar…baru boleh dedah semuanya di mahkamah

AGENDA DAILY – Dalam pada hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan surat saman kepada rakan sepermainan tenisnya, Datuk S Nallakarupan kerana mendedahkan beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Nallakarupan bahawa beliau telah menerima surat saman itu yang menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak RM50 juta.

Sekali imbas, surat saman itu akan memberikan persepsi bahawa Anwar berani menyaman orang kerana merasakan pendedahan itu tidak benar dan satu pembohongan.

Namun apabila ditanya kepada Nallakarupan mengenai perkara itu, beliau memberikan jawapan yang agak menarik “Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”.

Nallakarupan pada satu cermahnya di Permatang Pasir hari Jumaat mendedahkan Anwar telah mengambil wang sebanyak RM60 juta dari syarikat perjudian 4-nombor ekor, Magnum Corporation.

Pendedahan itu dibuat olehnya kerana beliau merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau berkuasa hingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik.

Sementara itu BErnama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pendedahan yang dilakukan oleh bekas pengikut dan orang kanannya.

Katanya Anwar perlu memperjelaskan dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dan juga kawan rapatnya Datuk S. Nallakurappan.

Ezam pernah dipenjarakan demi mempertahankan Anwar tetapi sekarang beliau sendiri mendedahkan siapakah sebenarnya bekas pemimpinnya itu, katanya pada majlis jamuan makan malam MCA di Dewan Moral Uplifting.

“Begitulah juga dengan Datuk S. Nallakaruppan yang pernah dipenjarakan kerana Anwar tetapi hari ini Nallakaruppan sendiri mendedahkan bahawa Anwar pernah mengambil wang Magnum sebanyak RM60 juta.

“Ketiganya, Anwar masih perlu menjawab sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (kes liwat) dan janganlah memutar-belitkan laporan perubatan (Pusrawi Mohd Saiful Bukhari),” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: