‘Kabinet Bayangan’ Pakatan Rakyat untuk pecah-belahkan undi

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar menyifatkan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disebarkan di Permatang Pauh menyerlahkan betapa bankrupnya politik Barisan Nasional (BN) yang tiada idea untuk menempah kedudukan di hati nurani rakyat.

Katanya, ini jelas apabila mereka menampilkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tiga Timbalan Perdana Menteri termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), R Sivarasah dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato’ Yong Teck Lee.

“Saya melihat isu ini sengaja untuk menimbulkan unsur-unsur yang bersifat sentimen perkauman. Maknanya kabinet bayangan yang dihadapkan itu ialah gambaran bagaimana Barisan Nasional cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang-orang Melayu bahawa jika Anwar menang nanti kabinet negara kita nanti akan dikuasai kebanyakannya oleh kaum bukan Melayu,” katanya semasa diminta mengulas sebaran meluas kabinet bayangan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ini juga agenda mereka untuk menakutkan orang Cina, India dan sebagainya. Bagaimana pun beliau yakin masyarakat dan rakyat Permatang Pauh tidak akan terpengaruh dengan agenda perang saraf Umno yang menggambarkan mereka kekeringan modal.

“Itu modal lama. Sekarang ini masyarakat di Malaysia adalah pengundi yang berasaskan kepada pengetahuan dan bukan lagi pengundi yang bersentimen dan emosional dan saya percaya ini propaganda yang dilakukan oleh BN,” dakwanya.

Katanya sebaran senarai tersebut seolah-olah memperkecilkan pengundi Pakatan Rakyat yang kononnya mudah untuk ditiupkan perkara-perkara yang bersifat perkauman.

Padahal katanya, pengundi sekarang bersifat pengetahuan (k-voters). Dalam pada itu katanya mereka cuba untuk memecahkan atau menimbulkan keraguan di kalangan pengundi-pengundi PAS di Permatang Pauh.

Pada senarai itu, mereka cuba meletakkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa orang yang lain sebagai menteri kabinet di bawah kerajaan baru nanti.

“Ini seolah-olah hendak menimbulkan kemarahan orang PAS supaya mereka tidak keluar mengundi dengan harapan mereka (Umno) akan berjaya memenangi kerusi tersebut.

“Saya percaya pengundi PAS adalah pengundi yang diasuh dan dididik dengan kematangan berpolitik oleh pemimpin-pemimpin kita yang tidak mudah percaya dengan sebaran-sebaran murahan,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan pengundi di Permatang Pauh menolak sebaran dan perang saraf murahan yang bersifat adu-domba perkauman yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Pengundi Melayu di Permatang Pauh katanya, harus menjadi guru politik kepada masyarakat Malaysia dan seterusnya di tangan pengundi Permatang Pauh yang menjadi perubah dan pengatur lanskap politik baru negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: