Demi politik….Anwar fitnah Najib amal agama Hindu

AGENDA DAILY – Demi politik tergamak Anwar fitnah Najib amal acara keagamaan Hindu…. Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Isnin membuat fitnah terbaru terhdap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengamalkan acara kegamaan Hindu.

Pada sidang media di pejabat Yayasan Aman, bilik gerakan PKR di Permatang Pauh, Anwar membuat fitnah terbaru itu sebagai menjawab desakan kenapa beliau tidak mahu bersumpah mengikut cara Islam bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Najib angkat sumpah (merujuk kepada sumpah Najib di Masjid Guar Perahu, Jumaat malam) esok dia pergi sumpah Hindu dia pulak…adakah lusa dia nak pergi masjid lain angkat sumpah nak betulkan sumpah Hindu dia tu pula,” katanya.

Beliau dipercayai merujuk mengenai Hindu itu berdasarkan penyiaran akuan bersumpah seorang lelaki India beragama Hindu oleh pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang menuduh Najib mengamalkan upacara sembayang mengikut agama Hindu.

Dalam akuan bersumpah itu, Najib didakwa membawa seorang sami Hindu ke rumahnya setiap bulan bagi mengadakan acara sembahyang mengikut cara Hindu dengan duduk di hadapan api serta menggunakan segala peralatan acara keagamaan itu.

Fitnah terbaru Anwar itu dilihat sebagai usaha beliau untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapinya. Antara isu yang dihadapi Anwar ialah desakan agar beliau bersumpah bagi membersihkan dirinya dalam isu liwat. Kedua, desakan agar beliau memberisihkan namanya ekoran pendedahan teman karibnya, Datuk S Nallakarupan bahawa Anwar menerima wang daripada syarikat judi 4-nombor ekor, Magnum Corporation.

Pada sidang media itu juga ekoran soalan mengenai sumpah oleh wartawan Agendadaily, Anwar sekali lagi ‘menyerang’ Agendadaily dengan menjawab soalan dengan berkata, “Ini agenda Najib dan agenda UMNO”.

Soalnya, soalan yang dikemukakan itu adalah biasa sahaja bagi mana-mana wartawan bagi mendapatkan reaksi kepada desakan dan tuntutan supaya Anwar bersumpah.

Namun, berdasarkan cara Anwar memberikan responnya, Anwar tidak selesa dengan soalan berikut kerana beliau tidak dapat memberikan jawapan secara objektif.

Bagi Agendadaily, inilah masalahnya bila ada pihak yang bersumpah mengikut cara Islam, Anwar akan segera mempertikaikannya tetapi bila ada akuan bersumpah seorang lelaki beragama Hindu, beliau akan percaya habis-habisan.

Ini adalah kali kelima Anwar serang Agendadaily.

Advertisements

2 Komen

  1. mohdrus said,

    26 Ogos 2008 pada 11:05 pm

    apa bezanya si najib tu..pasal politik sangup menuduh orang tu kaki liwat…2×5 hahahaa
    toksah la ko nak mengata sapa betul sapa salah.

  2. rinoa said,

    27 Ogos 2008 pada 12:38 pm

    betol tu!!! lagi plus ngan kes bunuh dia tu!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: