Umno edar VCD pengakuan liwat Saiful di Permatang Pauh

HARAAHDAILY – PERMATANG PAUH – Umno hari ini mula mengedarkan VCD pengakuan liwat Saiful kepada penduduk di sekitar Permatang Pauh dalam setiap kempen mereka.

Tindakan mengedar VCD dilakukan oleh petugas Umno kepada sesiapa sahaja yang melalui di hadapan bangunan parti itu di Sungai Semambu, Permatang Pauh.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, banyak pengguna jalan raya di situ enggan mengambil VCD berkenaan sehinggakan memaksa petugas tersebut memasukan ke dalam bakul motosikal yang bergerak perlahan ekoran kesesakan lalu lintas.

VCD tersebut yang turut mengandungi sidang media Saiful jelas menunjukkan Umno sudah ketandusan modal untuk berkempen di Permatang Pauh.

Perbuatan Umno itu jelas melakukan serangan peribadi terhadap Dato’ Seri Anwar bagi memenangi pilihan raya kecil ini.

Tindakan mengedarkan VCD ini tidak lain adalah untuk mempengaruhi pengundi Permatang Pauh agar menolak Anwar dalam pilihan raya kecil ini.

Umno sebelum ini pernah menyatakan bahawa isu sumpah Saiful tidak akan digunakan sebagai modal kempen mereka dan turut menafikan akan melakukan serangan peribadi terhadap calon lawan tetapi pada hari keadaan sebaliknya berlaku.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: