Tunku Aziz sertai DAP, dilantik naib pengerusi

BERITA HARIAN – KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menyertai DAP dan dalam tempoh 24 jam, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu.

Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai ahli parti dan Naib Pengerusi dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada Kongres Kebangsaan ke-15 parti itu di sini selama dua hari, yang berakhir petang ini.

Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi parti mengejutkan banyak pihak yang menghadiri kongres itu dan disambut dengan sedikit tepukan oleh anggota DAP yang hadir.

Bercakap pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Tunku Abdul Aziz berkata sungguhpun beliau hanya menjadi anggota DAP bermula semalam, namun beliau memberi tumpuan dan memantau perkembangan parti, “tanpa pengetahuan mereka”, sejak 20 tahun lalu.

“Saya seorang anggota yang sangat baru. Keputusan untuk menyertai parti ini dibuat lama dahulu, tetapi hanya semalam saya menandatangani borang permohonan,” katanya.

Tunku Abdul Aziz, yang terkenal dengan pandangan dan kritikan yang lantang, memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation selepas menamatkan pengajian tinggi di England dan Australia. – Bernama

Advertisements

4 Komen

  1. Fauzidul said,

    24 Ogos 2008 pada 6:50 pm

    Tunku, tunduklah ke bumi tempat kita semua bakal disemadikan. Di sinilah bumi tumpah darah kita yang akan diwarisi oleh generasi pewaris kita. Bukankah telah jelas, semua pemimpin kanan DAP telah menyatakan pendirian masing-masing berhubung kedudukan bangsa Melayu di bumi Melayu ini, status agama Islam yang kita semua anuti termasuk oleh saudara baru kita. Prinsip dan dasar perjuangan DAP semuanya menjurus kepada pemusnahan bangsa dan agama kita. Ke manakah hala tuju negara kita yang mahu dibawa oleh DAP. Corak masyarakat yang macam manakah mahu dibentuk oleh DAP dalam keadaan pola kaum seperti hari ini. Mereka telah mula berani mencabar banyak perkara yang menyentuh peribadi dan hak Melayu termasuk institusi beraja kita. Itukah yang Tunku persetujui. Insaflah Tunku, masih belum terlambat biarpun mereka banyak menyumbang kepada periuk nasi Tunku (kalau tidak betul saya minta maaf)!

  2. Ramzan Shahril said,

    25 Ogos 2008 pada 9:17 am

    Saudara membuat tanggapan salah mengenai DAP.

    DAP tidak pernah anti-Melayu atau anti-Muslim. Selain Tunku ramai lagi pemimpin DAP yang orang Melayu Muslim. Ini berita lama. Mungkin pandangan saudara sudah lama dikaburi propaganda kuat golongan tertentu. Biasa lah.

    DAP perjuangkan hak semua agama tidak kira Islam atau sebaliknya kerana semua agama mengajar yang baik.

    DAP juga perjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan persetujuan sosial Merdeka bahawa Malaysia ini adalah negara majmuk pelbagai kaum, pelbagai bangsa dan pelbagai agama yang berdasarkan sistem sekular dengan agama Islam sebagai agama rasminya. Ini disetujui dan dipertahankan oleh DAP.

    Maka, bila masa DAP ini menentang Islam? Yang DAP mahu adalah semua penganut agama tidak kira mana termasuk Islam dipelihara hak mereka… jangan ditindas mana-mana penganut atau mana-mana kaum.

    Sebab inilah Tunku Abdul Aziz menyertai DAP.

    Harap penjelasan saya difahami saudara.

    • faizul said,

      25 Disember 2009 pada 4:16 am

      ko ni jgn jadi bodooh
      dh jadi rakyat malaysia dh bertahun
      klu xpandai ckp pasal politik jgn cakap
      buat malu
      ko tau x ape rancangn DAP ni
      diowng lg rasis dr umno
      ko tau x sejarah DAP???
      bukak buku sejarah sekolah menengah aatau search kt google rentang objektif DAP yg korang sayangi

  3. arn said,

    25 Ogos 2008 pada 2:03 pm

    bila DAP menetang ISLAM?jangan jadi cetek akal….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: