Tindakan keji BN beli undi penduduk Permatang Pauh terbongkar

SUARA KEADILAN – PERMATANG PAUH – Langkah terdesak dan kotor BN untuk cuba membeli undi pengundi di pilihan raya kecil Permatag Pauh hari ini terbongkar dengan penemuan senarai nama pengundi terbabit yang dikumpulkan oleh ahli BN.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti di sini mendedahkan bahawa beberapa senarai nama pengundi yang dijanjikan bayaran RM200 pada 27 Ogos ini jika kemenangan majoriti Pakatan Rakyat kurang daripada 10 ribu undi.

“Senarai pengundi yang tercatat nama penuh dan bombor kad pengenalan mereka telah berjaya dirampas oleh petugas KeADILan yang membuat pemantauan di beberapa kawasan.

Petugas telah memperolehi senarai terbabit dari pemilik sebuah kedai kopi di Penanti dan pemilik kedai kopi berkenaan setelah diminta berbuat demikian,” katanya lagi.

Menurut Tian, maklumat yang berjaya diperolehi kegiatan mengambil nama dan nombor kad pengenalan pengundi yang dijanjikan bayaran serta dicatat dalam senarai-senarai serupa juga terdapat   di tiga lagi kedai kopi yang dikenal pasti di Dun Seberang Jaya,Permatang Pasir dan juga Penanti.

Tindakan mendapatkan nama dan kad pengenalan penduduk tempatan dan menjanjikan pembayaran jika kemenangan Anwar kurang daripada 10 ribu pengundi didalangi oleh seorang ketua cawangan parti komponen BN di Permatang Pauh.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti berkenaan walaupun sumber menyatakan ia adalah sebuah parti komponen mewakili ahli bangsa Cina.

Tian menambah, bukti yang diperolehi sudah cukup untuk menyebabkan calon BN Arif
Shah untuk dibatalkan sebagai calon pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.

“Ini kerana jelas sekali ia telah melangar undang-undang pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan raya wajar bertindak di atas kesalahan itu,” katanya lagi.

Menurutnya, bukti-bukti daripada kewujudan senarai pembayaran itu bersama dengan
pengakuan Arif Shah sendiri bahawa beliau telah membayar sehingga RM500 kepada
penduduk tempatan untuk menjadi ‘perisik’ kepada jentera piihan raya BN sudah cukup untuk menunjukkan kesalahan telah dilakukan oleh BN dalam pilihan raya kecil di sini.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada mereka yang melakukan kesalahan itu bahawa identiti mereka akan dikenalpasti dan tindakan susulan akan dilakukan selepas 27 Ogos ini, iaitu sehari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

“Kami akan mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membayar dan juga menerima wang sogokan yang dijanjikan itu,” tambahnya lagi.

Advertisements

1 Komen

  1. arn said,

    25 Ogos 2008 pada 3:10 pm

    buktikan..jangan tunggu sehingga lepas pilihanraya….oh,jika menang senyap dan jika kalah???mulalah bermacam taktik kotor oleh pihak lawan???…trik anwar ni orang dah masak le….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: