PKR buat laporan Arif bayar bukan pekerja pilihan raya

mSTAR – PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini membuat laporan terhadap Datuk Arif Shah Omar Shah bahawa calon Barisan Nasional (BN) itu telah membayar duit kepada mereka yang bukan pekerja jentera pilihan raya, yang menurut parti tersebut ia satu bentuk rasuah dan boleh menyebabkan kelayakan bertanding terbatal.

Selain laporan polis, perkara itu juga dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta agar kelayakan Arif Shah bertanding dibatalkan.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa ketika dihubungi berkata, laporan polis itu dibuat oleh seorang pengundi di Permatang, Abu Bakar S.K. Mohamed.

“Laporan itu meminta polis siasat pengakuan yang dibuat oleh calon BN, Arif Shah sebagaimana disiarkan dalam akhbar semalam (Sin Chew) dan hari ini (Kwong Wah),” katanya.

Menurut Sivarasa, apa yang diperkatakan dan diperakui oleh Arif Shah bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Perbuatan membayar duit kepada mereka yang bukan pekerja adalah satu bentuk kesalahan di bawah Seksyen 10 dan 21 akta itu.

Seksyen 10 memperjelaskan mengenai bentuk rasuah manakala Seksyen 21 pula soal pengambilan pekerja-pekerja jentera pilihan raya.

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, calon BN itu telah membuat pengakuan kepada akhbar bahasa Cina bahawa beliau telah membayar antara RM100 dan RM500 kepada mereka yang bukan merupakan pekerja pilihan raya untuk tujuan mendapatkan maklumat risikan.

Bagaimanapun Arif Shah yang ditemui mStar Online selepas sidang media itu semalam memberitahu, beliau tidak pernah berbuat demikian.

“Saya tidak bayar sesiapa. Saya sendiri pun tiada pekerja jentera. Jentera pilihan raya pula diuruskan oleh Umno Bahagian (Permatang Pauh).

“Dana saya terhad, macam mana saya hendak bayar jika saya tiada pekerja jentera,” kata beliau.

Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata, beliau ada berhubung dengan jentera pilihan raya Bahagian Permatang Pauh yang mengumpulkan maklumat daripada mereka yang bukan merupakan jentera pilihan raya.

“Mungkin mereka bayar, saya tidak tahu. Tapi bukan saya yang bayar,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: