Pemimpin Hindraf ditahan di Seberang Jaya

MALAYSIAKINI – Lapan pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), termasuk penyelaras pusatnya, TS Thanenthiran, ditahan petang tadi selepas mengadakan protes terhadap sebuah kumpulan serpihan Hindraf, di luar sebuah kuil Cina di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Protes tersebut bermula kira-kira jam 2 petang dan jumlah mereka meningkatkan kepada 200 orang ketika lapan pemimpin Hindraf itu ditahan.

Kumpulan serpihan itu, yang mendakwa mewakili Hindraf, mengadakan sembahyang di kuil tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang sedang membantu kempen calon BN di Permatang Pauh, turut singgah melawat kuil tersebut kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berbual sekejap dengan anggota kumpulan serpihan tersebut dan berjabat tangan dengan sebahagian daripada mereka, sebelum beredar dari situ.

Sejurus selepas itu, demonstrasi tersebut menjadi tidak terkawal dan polis membuat tangkapan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut polis, lapan orang, termasuk dua wanita, ditahan kerana mengadakan demonstrasi haram.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang menelefon Malaysiakini dari London, berkata kumpulan serpihan itu tidak mewakili Hindraf dan upacara sembahyang tersebut direstui oleh Hindraf.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: