Ibrahim Ali minta Ezam dan Nallakaruppan buat laporan polis

mSTAR – KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata dua bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor dan Datuk S. Nallakaruppan perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan yang dibuat mereka semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh Mohamad Ezam dan Nallakaruppan itu adalah serius dan perlu dibuktikan melalui siasatan oleh pihak berkuasa dan diputuskan oleh mahkamah.

“Jika tidak benar Anwar perlu menyaman kedua-dua bekas orang kanannya bagi membersihkan namanya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Ezam sebelum ini mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.

Ibrahim berkata kedua-dua mereka mesti membuktikan dakwaan itu dengan membuat laporan kepada polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya sangat terkejut dengan dakwaan itu dan saya minta mereka berdua buat laporan dan biar pihak berkuasa menyiasat kesahihannya,” katanya.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Selasa ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat.BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: