Ezam terima ugutan bunuh

BERITA HARIAN – BUKIT MERTAJAM: Seorang demi seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima ugutan supaya berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan parti itu dan meninggalkan kawasan Permatang Pauh menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini.

Selain bekas rakan tenis penasihat PKR, Datuk S Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Ezam Mohd Noor juga menerima pelbagai pesanan ringkas (SMS) termasuk ugutan bunuh supaya keluar meninggalkan Permatang Pauh.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramahnya di sini malam tadi, Ezam berkata, SMS sedemikian semakin meningkat dalam tempoh sehari dua ini.

“Pelbagai ugutan mula saya terima sejak saya datang ke Permatang Pauh tetapi dalam tempoh sehari dua ini, ugutan yang lebih serius termasuk ancaman bunuh terhadap saya, ibu, anak serta isteri dihantar kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ugutan itu tidak diendahkannya dan ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.

“Saya akan tetap berada di bumi Permatang Pauh sehingga 26 Ogos ini dan ugutan sedemikian tidak memberi kesan kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak melaporkan kepada polis mengenai ugutan itu dan berserah kepada Allah untuk melindungi keselamatannya.

Katanya, perkara sedemikian memang telah dijangkakan kerana Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sentimen serta simpati penduduk di situ terhadap beliau amat menebal.

“Sebagai bekas orang kanan beliau, saya ingatkan pengundi Permatang Pauh supaya membuang sentimen itu demi negara, agama dan bangsa.

“Saya lama bersama Anwar dan tidak ada keluarga yang lebih menderita daripada keluarga saya dan Anwar. Memang tidak mudah juga bagi saya untuk melupakan apa yang saya perjuangkan tetapi apabila saya menyedari perjuangan Anwar terpesong dari landasan, saya membuat keputusan mengundur diri kerana sayangkan agama, bangsa dan negara,” katanya. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: