Anwar jadi ‘pak turut’ DAP

AGENDA DAILY – Tembelang dan sikap sebenar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar terus didedahkan kerana semakin jelas beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri yang diwar-warkannya akan jadi kenyataan 16 September depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari Ahad berkata, Anwar kini sanggup diperalatkan oleh DAP semata-mata mahu mencapai impiannya.

Sedangkan semasa berada di dalam UMNO dan kerajaan, Anwar adalah antara orang yang kuat menentang DAP tetapi kini sanggup bersekongkol pula.

“Anwar sudah sanggup menjadi alat kepada DAP, banyak yang dia cakap sudah selaras dan selari dengan apa yang dituntut oleh DAP. Tapi hari ini kerana nak jadi Perdana Menteri, dia sanggup bersekongkol dengan DAP dalam semua pendirian walaupun ia tidak boleh kerana boleh memberi kesan kepada politik tanah air,” katanya.

Najib berkata demikian kepada para pemberita selepas meluangkan masa kira-kira setengah jam mengunjung peniaga dan pembelia di Medan Selera dan Pasar Seberang Jaya.

Najib turut ditanya mengenai kempen pembentukan kerajaan baru oleh Anwar pada 16 September depan dengan kemungkinan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti, ini jawapannya:

“Perkara itu satu igauan, tidak akan berlaku. Insya-Allah tidak akan berlaku.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: