Kerana Anwar, minyak turun. Pakatan terus komited turun 70sen

SUARA KEADILAN – KUALA LUMPUR– PAKATAN Rakyat terus komited dengan janji untuk menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan kelak, kata Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mengulas mengenai penurunan minyak hanya 15 sen kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, jumlah 15sen itu tidak langsung memberi kesan kepada pengguna petrol kerana telah menanggung kerugian besar akibat kenaikan lalu.

“Kami percaya kerana hujah yang dikemukan Anwar sebelum ini telah mendesak agar minyak diturunkan jesturu mereka terpaksa akur dan terdesak untuk turunkan harga minyak sebelum hari pengundian,” katanya.

Shamsul turut berkata, penurunan minyak ini sama seperti sumpah yang dilakukan Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum penamaan calon yang mendakwa dirinya diliwat.

“Bagi kami, ini adalah gimik politik Barisan Nasional untuk menghadapi pengundi Permatang Pauh. Sekiranya hanya 15 sen, ini tidak memadai langsung,” katanya.

Advertisements

1 Komen

  1. donal said,

    24 Ogos 2008 pada 5:08 pm

    salam saudara…..

    saya dari sabah dan bekas ahli Keadilan,saya dan rakan2 terbaca ruangan ini tentang penurunan minyak ini.kami menyambut dengan baik tetapi kami muskil dan hairan : hari tu janji kasih turun 50 sen,tak lama lagi turunkan RM2.00 dan sekarang 70sen…yang mana satu ini?kami tidak mewakili mana-mana parti sekarang walaupun sudah keluar dari keadilan kerana kami tidak percaya lagi dengan perjuangan keadilan.
    Ramai orang dari sabah tertipu dengan keadilan di sini kebanyakkan ketua2nya dan wakil semua mementingkan diri sahaja.kami hanya memerhati sahaja keadaan politik semasa….
    kami harap juga dia anwar menang tetapi jika untuk kepentingan sendiri dan agenda sendiri harap dia kalahlah…
    waktu pilihanraya lalu,anwar pernah datang ke sabah dan berceramah disini…katanya sabah perlulah berdiri sendiri dan KDM ( bumiputra sabah ) perlulah menghalau orang semenanjung dari masuk dari sabah.jawatan mesti dipegang oleh KDM..tak perlu bantuan orang cina,india dan melayu…..
    itulah kata2nya pernah masih ingat lagi…sampai sekarang..itulah sebab kami keluar beramai-ramai sebanyak 2000 ahli semua…
    oleh kerana permatang pauh di semenanjung,itu tiada kaitan kami disabah.
    kalu terjadi gaduh ke,bunuh ke tu hal orang semenanjung..betul tak…
    kami disini pun tolong menyebarkan hal ini supaya ramai lagi akan keluar dari parti keadilan….kami bukan mana2 parti sama ada pembangkang ke atau BN,yang penting orang sabah tak tertipu dengan hal orang semenanjung..
    ini pandangan kami…terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: