Anwar ambil RM60 juta duit judi – Nalakaruppan

AGENDA DAILY – Teman sepermainan tenis Anwar, Datuk S. Nalakaruppan Jumaat malam mendedahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengambil wang sebanyak RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu wang itu digunakan untuk apa. Beliau berkata pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

“Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu,” katanya. Ekoran pendedahannya itu Nalakaruppan awal pagi ini menerima 10 SMS ugutan yang memintanya meninggalkan Permatang Pauh. Selain itu, Nalakaruppan juga berkata, beliau ada menyimpan lima rakaman video di luar negara yang dikatakan ada kiatan dengan Anwar. Katanya beliau sedia membawa pita video itu balik ke Malaysia sekiranya berlaku sesuatu kepada dirinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: