Sumpah: Pemuda PAS nafi cabar Anwar

MALAYSIAKINI – Ketua Pemuda PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menafikan beliau mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat seperti laporan sebuah akhbar hari ini.

“Saya tidak ada cabar (Anwar bersumpah),” katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia.

“Saya kata (kepada wartawan itu), terpulang kepada beliau (Anwar), itu hak beliau (untuk bersumpah atau sebaliknya).

“Tetapi perkara (bersumpah) itu tidak ada peruntukan syariah.

“Dalam kes ini, ada dua penyelesaian, pertama pengadu mesti mengemukakan saksi, dan kedua sama ada tertuduh itu mengaku.

“Oleh kerana Anwar tidak mengaku, penuduh perlu mengemukakan saksi,” katanya.

Bekas pembantu penasihat PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bersumpah di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum Anwar menjadi calon pilihanraya kecil Permatang Pauh berdepan calon-calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat.

Akhbar itu melaporkan Sallehen mencabar Anwar melakukan sumpah laknat “jika beliau di pihak yang benar”.

Ketua Pemuda itu juga dilaporkan berkata bersumpah laknat merupakan langkah terbaik bagi bekas timbalan perdana menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau turut dilaporkan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, tindakan Mohd Saiful bersumpah Jumaat lalu, “tidak kena dengan masa” dan menyebabkan timbulnya pelbagai tafsiran orang ramai.

“Ia menimbulkan pelbagai persepsi (orang ramai). Dalam keadaan (menjelang) pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak kena dengan masa untuk beliau bersumpah,” katanya.

Walaupun tidak bersetuju dengan cara ia dilakukan, Sallehen mengakui Mohd Saiful mempunyai hak untuk bersumpah.

Mengulas kesan sumpah pemuda itu kepada peluang Anwar memenangi pilihanraya kecil 26 Ogos nanti, beliau berkata tindakan itu tidak menjejaskan undi untuk tokoh pembangkang itu di Permatang Pauh.

“Perkara ini bukan isu bagi pengundi Cina dan bukan Melayu. Orang Melayu pula, dengan wujudnya pelbagai persepsi, ia tidak akan menjadi isu besar,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: