Pelajar saman polis kejadian rogol di balai polis

BERITA HARIAN – KUALA LUMPUR: Seorang remaja berumur 17 tahun hari ini menfailkan saman terhadap seorang anggota polis dan dua yang lain berhubung kejadian rogol dan seks oral yang dilakukan oleh polis itu, Jun lalu.

Pelajar itu menfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co.

Beliau menamakan Konstabel Jamil Abdul Sah, Ketua Polis Balai Putra Heights, Puchong, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Jamil yang kini digantung tugasnya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 18 Julai lalu, atas satu pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap pelajar itu.

Bagaimanapun, Jamil mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 22 Oktober ini untuk perbicaraan.

Dalam pernyataan tuntutannya, pelajar itu tidak menyatakan jumlah ganti rugi tetapi memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi khas, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pelajar itu dalam pernyataan tuntutannya mendakwa beliau ditahan oleh defendan pertama, Jamil yang bertugas sebagai anggota polis peronda jam 6.15 pagi 18 Jun lalu di Subang Jaya dan Jamil memintanya ke balai polis Putra Heights untuk siasatan lanjut.

Remaja itu mendakwa semasa di balai polis berkenaan, Jamil mengugutnya supaya menanggalkan pakaiannya dan beliau mengikut arahan Jamil kerana takut.

Pelajar itu mendakwa akibat kejadian itu, beliau berasa malu dan mengalami tekanan mental.

Beliau berkata, sepatutnya sebagai anggota polis, Jamil bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, tapi sebaliknya berlaku. — Bernama

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: