Iklan ada arak: Muslimat mahu kerajaan bertindak

HARAKAHDAILY – SHAH ALAM – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap akhbar Berita Harian kerana menyiarkan iklan yang tidak bermoral dan menjatuhkan imej umat Islam.

Desakan itu dibuat oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berikutan akhbar tersebut menyiarkan iklan wanita yang didakwa sedang minum minuman keras di sebuah restoran Melayu di Kuala Lumpur.

Iklan tersebut tercatat; `Berbuka puasa dalam suasana hutan semula jadi’ di restoran mandi-mandi, Ampang, Selangor.

Menurut beliau, iklan tersebut secara jelas menghina umat Islam kerana di sebelah meja terhidang botol arak dan terpapar perkataan berbuka puasa.

Beliau mempersoalkan pihak akhbar Berita Harian langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam tetapi hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Kita tahu bahawa minuman keras itu haram bagi umat Islam, mengapa pihak akhbar tidak sensitif dalam hal ini,” katanya.

Beliau berharap kerajaan wajar mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara yang sama berulang.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: