Bila hati Wan Azizah terguris…

AGENDA DAILY – Tiba-tiba Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersuara betapa tergurisnya perasaannya dan keluarganya terhadap apa yang disifatkannya sebagai serangan yang dibuat oleh Barisan Nasional terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kini berhadapan dengan beberapa siri pendedahan mengenai karenah serta perangainya semasa berada di dalam kerajaan dahulu.

Menurut Wan Azizah, beliau dan anak-anaknya amat terguris dengan serangan yang dibuat dan mendakwa serangan seumpama itu membuktikan pemimpin UMNO telah hilang tahap kesedaran.

Kenyataan Wan Azizah ini sudah tentu menarik kerana semua pihak sejak awal lagi mahukan kempen pilihan raya yang berhemah dan tertib dan jauh daripada unsur-unsur keganasan.

Itulah idealnya. Tapi sebelum ini apakah Wan Azizah pernah terfikir sebagai seorang isteri dan ibu apabila suaminya melalak membuat serangan peribadi kepada tokoh atau pemimpin UMNO yang lain.

Malah kadang kala, kelihatan Wan Azizah sama-sama bertepuk tangan semasa Anwar mengutuk peribadi orang lain.

Apakah bila Anwar serang peribadi orang lain, keluarga mereka tidak ada hati perut macam Wan Azizah. Apakah anak-anak mereka tidak sama dengan perasaannya dengan anak-anak Wan Azizah.

Bila ada petugas media kena pukul, anwar tuduh orang lain yang buat bukan ahli partinya, pada masa itu Wan Azizah tak fikirkah betapa kesalnya keluarga mangsa yang kena pukul.

Bila ada ahli Puteri UMNO yang diganggu secara seksual termasuk di raba, apakah Wan Azizah pernah melalui detik di mana anak perempuannya diperlakukan sedmikian rupa. Apakah Wan Azizah pernah bersuara sebelum ini yang kesal dengan perangai buruk para pengikutnya.

Tidak pernah kedengaran Wan Azizah kesal atau melahirkan kekecewaan atas insiden-insiden yang menimpa orang lain. Sebaliknya menuduh orang lain pula.

Inilah sikap pemimpin yang hanya mementingkan diri mereka. Bila kena orang lain dikatakan padan muka, bila kena batang hidung sendiri, barulah mencari simpati.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: