Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah

UTUSAN MALAYSIA – SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat… terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar.

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

3 Komen

  1. Haikal said,

    21 Ogos 2008 pada 5:37 pm

    ..saya katakan kalau benar apa yang dilapurkan, memang lah Ketuanya, Sallehen Mukhyi orang yang bangang lagi tolol, macam mana beliau dilantik jadi pemimpin dalam perjuangan ISLAM…

  2. Mat said,

    22 Ogos 2008 pada 9:43 am

    Saya memohon DSAI untuk bersumpah. Kita selesaikan masalah negara ni sekaligus. Org akan tahu DSAI berani kerana benar, penyokong2 pun lebih semangat, dan yang tak benar akan tumbang.

    Saya sokong mubahalah ini demi kepentingan negara kita. Supaya laknat turun kepada orang yang bersalah. Penyokong2 DSAI juga yakin 100% DSAI tidak bersalah dan oleh sebab itu DSAI tidak perlu khuatir untuk bersumpah.

  3. Kumkum said,

    22 Ogos 2008 pada 9:45 am

    DSAI bersumpahlah supaya laknat turun cepat pada Saiful.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: