BENARKAH ‘Anwar gadai maruah negara’ ??

UTUSAN MALAYSIA – BUKIT MERTAJAM – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kecewa dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih simpati negara luar sehingga ada yang memandang negatif terhadap Malaysia.

Katanya, campur tangan asing terhadap kedaulatan negara ini amat berbahaya kepada negara dan rakyat.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyifatkan tindakan Anwar meraih simpati dari luar negara sebagai menggadai maruah negara.

“Barisan Nasional langsung tidak membenarkan kuasa asing mencampuri urusan negara kita,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN di Jalan Baru dekat sini.

Muhyiddin juga berkata, matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperjuangkan oleh kerajaan BN selama ini sukar dicapai jika rakyat memilih pembangkang untuk mentadbir negara.

Katanya, kepimpinan kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mengisytiharkan untuk membela nasib orang Melayu manakala seorang Menteri Besar daripada Parti Keadilan Rakyat telah mencadangkan agar 10 peratus tempat di Universiti Teknologi Mara dikhaskan kepada bukan Melayu.

Beliau juga mengingatkan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dengan mengekalkan wakil pembangkang di situ dalam pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

“Permatang Pauh adalah sebagai ujian untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

– Bernama

APA KOMEN ANDA ?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: